awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot bertembung: Mayat kru hilang ditemukan di perairan Semporna
23 maut, 104 cedera dalam serangan SDF di kawasan kediaman di Aleppo
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2026
23:15 MYT
76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar
Dr Asri menegaskan tahap kepakaran kardiologi di Malaysia berada pada standard tinggi dan setanding dengan pusat jantung terkemuka dunia, didukung penggunaan teknologi canggih. - Gambar fail/ Facebook KKM
KUALA LUMPUR: Operasi selama 17 jam tanpa henti bagi merawat 76 pesakit dalam satu hari, termasuk 48 prosedur pemasangan stent, bukan dianggap sebagai satu pencapaian oleh Ketua Jabatan Kardiologi Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah.
Dr Asri menegaskan situasi tersebut menjadi petunjuk jelas bahawa tahap penyakit jantung dalam kalangan rakyat Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan.
Menurut Dr Asri, data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan penyakit jantung kekal sebagai punca utama kematian di negara ini, dengan kira-kira 13 peratus kematian direkodkan pada tahun lalu.
“Ini bukanlah satu perkara yang membanggakan dari segi kesihatan…. contoh semalam satu hari pihak hospital terpaksa terima lebih 70 kes untuk lakukan angiogram dan hampir 30 kes kecemasan termasuk prosedur PCI,” katanya semasa wawancara bersama Astro AWANI pada Sabtu.
Justeru, bagi menangani isu ini Dr Asri turut berpendapat langkah pencegahan dan penjagaan kesihatan awal perlu diutamakan berbanding rawatan.
Pada masa sama, beliau menegaskan tahap kepakaran kardiologi di Malaysia berada pada standard tinggi dan setanding dengan pusat jantung terkemuka dunia, didukung penggunaan teknologi canggih termasuk peralatan angiogram bertaraf antarabangsa.
Dr Asri berkata HSIS Serdang turut disokong hampir 100 petugas perubatan, melibatkan pakar, konsultan, doktor pelatih serta kakitangan sokongan.
“Sebenarnya, di HSIS, kami menerima banyak rujukan daripada hospital swasta dan lain-lain untuk kes-kes yang rumit atau kompleks yang sukar ditangani,” katanya.
Menurut beliau, kepakaran kardiologi akan diperluaskan ke beberapa hospital di Melaka serta Sabah dan Sarawak melibatkan daerah Tawau, Miri dan Sibu, bagi menangani peningkatan kes pesakit jantung.
HSIS cipta sejarah, 48 prosedur PCI tempoh sehari tanpa kematian
Topic Berkaitan
#jantung
#kardiovaskular
#Hospital Serdang
#Asri Ranga Abdullah Ramaiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan