awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor

Astro Awani
Astro Awani
30/04/2023
13:41 MYT
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor
Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, tetamu kehormat serta kepimpinan Kerajaan Negeri. - Astro AWANI
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri di Padang Taman Sri Kerayong, Kapar di sini pada Ahad malam.
Baginda yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat tiba sekitar pukul 8.40 malam.
Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, tetamu kehormat serta kepimpinan Kerajaan Negeri.
Padang Taman Sri Kerayong merupakan lokasi ketiga penganjuran Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri.
Majlis anjuran Kerajaan Negeri Selangor itu bermula sejak 28 April lalu, sebelum diteruskan di Hulu Selangor pada Sabtu malam.
Ia kemudian akan dianjurkan di Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat pada 5 Mei; Tapak Pasar Malam Sungai Buloh, Petaling (6 Mei) serta Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei).
Pada 12 Mei pula, Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam menjadi lokasi pilihan sebelum ia dijadual di Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei), manakala kemuncaknya adalah tapak Uptown Sri Gombak pada 14 Mei ini, yang akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Jelajah KitaSelangor Aidilfitri
#Padang Taman Sri Kerayong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan