awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor titah umat Islam buang sifat negatif di media sosial

Bernama
Bernama
09/08/2021
10:40 MYT
Sultan Selangor titah umat Islam buang sifat negatif di media sosial
Baginda menasihati umat Islam agar mencontohi sifat-sifat terpuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan membuang segala sifat-sifat negatif yang ada pada diri. - Gambar fail
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar umat Islam membuang sifat negatif dalam diri termasuklah hasad dengki dan fitnah-memfitnah khususnya di media sosial yang boleh meruntuhkan perpaduan sesama ummah dan memberi kesan yang buruk khususnya kepada generasi akan datang.
Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, baginda mengambil kesempatan menasihati umat Islam agar mencontohi sifat-sifat terpuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan membuang segala sifat-sifat negatif yang ada pada diri.
"Jauhilah perkara yang boleh membawa kepada kemungkaran serta sifat-sifat tercela seperti berdusta, khianat, menyembunyikan kebenaran dan menyebarkan berita palsu yang merupakan sifat-sifat orang munafik," titah baginda menerusi hantaran tersebut.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1443 Hijrah dan baginda menyeru umat Islam khususnya di Selangor untuk memperbaharui azam serta tekad dengan mengubah cara berfikir serta melakukan sesuatu tindakan, ke arah mencapai matlamat kecemerlangan dalam kehidupan.
"Beta berharap sambutan Maal Hijrah kali ini dihayati dan dirai dengan penuh kesedaran serta kefahaman akan pentingnya penghayatan nilai-nilai murni di dalam Islam diterjemah kepada setiap aspek kehidupan.
"Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah semoga seluruh umat Islam di negara kita sentiasa dilimpahi rahmat, dijauhkan daripada wabak penyakit dan kekal hidup dalam suasana aman, makmur dan sejahtera," titah baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#media sosial
#Islam
#berita palsu
#Facebook
#Maal Hijrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan