KUALA LUMPUR: Sebagai inisiatif keprihatinan, tanda solidariti serta semangat kemanusiaan dalam kalangan penjawat awam terhadap perjuangan rakyat Palestin, Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam telah dilancarkan pada 24 Oktober 2023 yang lalu oleh Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin akibat konflik yang berlaku di Semenanjung Gaza.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) turut mengambil peluang untuk menyertai kempen yang berlangsung dan tabung sumbangan telah dibuka kepada Team HASiL mulai 30 Oktober 2023 hingga 10 November 2023. Jumlah sumbangan keseluruhan yang telah berjaya dikumpul daripada Team HASiL seluruh negara untuk Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestine (AAKRP) adalah sebanyak RM315,000.00.
Penyerahan replika cek sumbangan telah disampaikan oleh Datuk Seri Dr Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL kepada wakil pihak Kementerian Luar Negeri (KLN), iaitu Encik Jeremiah Oliver Jitos pada 17 November 2023 bertempat di Menara Hasil, Cyberjaya. Wakil KLN yang turut hadir dalam sesi ini ialah Encik Ahmad Shazril Suhaimi dan Encik Imran Lutfi Azhahari Kamal serta pegawai-pegawai kanan HASiL.
Sumbangan ikhlas Team HASiL ini adalah merupakan manifestasi sokongan dan solidariti HASiL bersama-sama dengan pihak Kerajaan dalam usaha membantu misi kemanusiaan sekali gus memupuk semangat Malaysia MADANI yang menyokong keamanan sejagat.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
Tarikh: 17 November 2023
SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
--BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal berlindung di khemah sumbangan PBB di Khan Younis. - Foto AP
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
KUSKOP seru setiap agensi perkasa operasi perbankan digital, khususnya AI
Semua agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diseru memperkasa operasi perbankan digital masing-masing khususnya melibatkan bidang kecerdasan buatan (AI).
Cecah 43 celcius, elak dehidrasi, strok haba
Beberapa jemaah Malaysia bakal haji akui cuaca begitu panas di Mekah sekarang, tetapi mereka mengambil langkah waspada untuk tidak terdedah dengan cuaca di luar bagi mengelak dehidrasi dan strok haba sebagaimana disarankan Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
Setiap hari terpaksa 'berperang' dengan ribuan lalat
Penduduk Flat Taman Sintar Indah, Nibong Tebal tidak mampu lagi bertahan dengan 'kehadiran' ribuan lalat setiap hari yang telah menganggu kehidupan seharian mereka.
PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT
KPKT memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Cuepacs yakin semua penjawat awam sedia terima teguran
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di kem pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
China gesa noktahkan kesengsaraan rakyat Palestin
China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
Nakba: 76 tahun pembantaian zionis Israel di Palestin
Perpindahan besar-besaran penduduk Palestin yang pertama berlaku pada 1948, dikenali sebagai Nakba, atau 'malapetaka' dalam bahasa Arab.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.