KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu, dengan menyatakan bahawa negara tersebut sememangnya layak menerima status berkenaan.
Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Ahmad Faisal Muhamad berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan Malaysia pada mesyuarat pleno ke-51, sesi khas kecemasan ke-10, Perhimpunan Agung PBB di New York pada Isnin.
Palestin secara konsisten telah menunjukkan komitmennya terhadap keamanan, walaupun Israel berterusan dengan pendudukannya yang kejam dan menindas, terus menghakis integriti wilayahnya dan percubaan untuk memusnahkan rakyat Palestin.
"Ia juga jelas bagi kita bahawa Palestin sangat menghargai peluang untuk mengambil bahagian dalam proses PBB dan mereka mampu serta bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab yang terkandung dalam Piagam PBB.
"Palestin telah membuktikan dirinya layak menjadi anggota pertubuhan ini. Sebaliknya, Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa, menentang resolusi PBB serta mencela dan memfitnah PBB serta pegawainya," katanya. Ucapan beliau di PBB telah diedarkan kepada media di sini oleh Kementerian Luar (Wisma Putra).
"Palestin telah memenuhi empat kriteria kenegaraan yang dinyatakan dalam Konvensyen Montevideo 1933," katanya sambil menambah Malaysia juga percaya Palestin memenuhi syarat keahlian dalam PBB seperti yang termaktub dalam Artikel empat Piagam PBB.
Malaysia juga menggalakkan negara-negara yang belum mengiktiraf Palestin secara rasmi untuk berbuat demikian tanpa berlengah lagi.
Setakat ini, katanya, 144 anggota PBB telah mengiktiraf Negara Palestin dan beberapa negara telah mengumumkan niat mereka untuk mengiktiraf Palestin dalam masa terdekat.
Beliau berkata Malaysia melihat keanggotaan penuh sebagai kritikal dalam menyumbang ke arah penyelesaian yang berkekalan dan aman bagi isu Palestin.
Ahmad Faisal berkata Malaysia bersedia menjadi sebahagian daripada inisiatif sokongan yang bertujuan merealisasikan hak asasi rakyat Palestin untuk kebebasan dan penentuan nasib sendiri.
Beliau berkata tindakan Israel, dari hari ke hari, pasti menimbulkan keraguan sama ada ia benar-benar percaya kepada sistem PBB dan menghargai keanggotaannya dalam pertubuhan ini.
Beliau menyatakan gimik ofensif Israel yang mengoyakkan Piagam PBB yang disaksikan dalam Dewan pada Jumaat lalu hanyalah satu lagi contoh tindakan Israel yang tidak menghormati PBB.
Malaysia berpandangan bahawa kemasukan Negara Palestin sebagai anggota penuh sepatutnya berlaku apabila Resolusi Perhimpunan Agung 181(II) diterima pakai dan Israel diterima masuk 75 tahun yang lalu.
Sementara itu, Ahmad Faisal berkata isu Palestin kekal sebagai isu tertunggak dalam pertubuhan itu selama lebih tujuh dekad dan sudah tiba masanya PBB memenuhi tugas dan tanggungjawabnya untuk menghasilkan penyelesaian secara aman.
Ini harus bermula dengan pengiktirafan Negara Palestin, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya, selaras dengan penyelesaian dua negara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, katanya.
"Pendudukan Israel mesti berakhir. Keadilan mesti dipulihkan. Penentuan nasib sendiri rakyat Palestin mesti ditegakkan. Negara Palestin yang berdaulat sepenuhnya mesti diiktiraf."
Ahmad Faisal berkata resolusi yang diterima pakai oleh Perhimpunan pada Jumaat lepas merupakan langkah penting ke hadapan kerana ia merupakan perkembangan positif yang amat diperlukan dalam menghadapi kemelut dan kelumpuhan berterusan Majlis Keselamatan.
Penerimaan teks itu oleh majoriti besar adalah bukti jelas bahawa sokongan besar terhadap kenegaraan Palestin dalam masyarakat antarabangsa, katanya.
Israel melancarkan serangan berterusan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, membunuh hampir 35,000 rakyat Palestin.
Tujuh bulan selepas perang Israel, menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza berpindah di tengah-tengah sekatan yang melumpuhkan bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala sebahagian besar infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Keputusan sementara pada Januari lalu mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah untuk memastikan bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024
Malaysia menggesa negara anggota PBB untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu, dengan menyatakan bahawa negara tersebut sememangnya layak menerima status berkenaan. - Foto fail/REUTERS
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.