KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa sumbangan berjumlah RM13.25 juta daripada ahli perniagaan, Junaith Asharab Md Shariff adalah untuk kegunaan bagi aktiviti kebajikan Yayasan Akalbudi (YAB).
Ahmad Zahid, 69, berkata sumbangan itu bukannya untuk kepentingan beliau.
"Yang Arif, sumbangan itu bukan untuk saya secara peribadi, ia adalah untuk kebajikan. Saya tiada perasaan apa-apa dan itu adalah biasa," kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd 'Afif Ali semasa membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik dana YAB.
Mohd 'Afif: Datuk Seri tidak 'happy' apabila ada orang yang bagi sumbangan kepada Datuk Seri?.
Ahmad Zahid: Bukan untuk saya, untuk saya tidak perlu 'happy' pun, ucap terima kasih sahaja. Saya tidak ada perasaan, ia bukan untuk saya, kalau untuk saya, saya gembiralah.
Bagaimanapun, beliau tidak mempersoalkan sumber sumbangan itu diperoleh daripada mana.
Semasa ditanya Mohd 'Afif mengenai pemborong tekstil Junaith pernah bertanya kepada beliau untuk mendapatkan pengecualian cukai, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak ingat.
Mohd 'Afif: Sepanjang perbicaraan kes ini tidak ada sebarang dokumen yang menunjukkan bahawa pengecualian cukai atau pun maklumat berkaitan sumbangan Junaith ini kepada YAB pernah dikemukakan di mahkamah.
Ahmad Zahid: Setuju
Mohd' Afif: Saya cadangkan Junaith pernah bertanya kepada Datuk Seri bahawa beliau meminta resit untuk mendapatkan pengecualian cukai.
Ahmad Zahid: Saya tidak ingat.
Menyentuh mengenai dana YAB berjumlah RM1.3 juta yang diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2015, Ahmad Zahid berkata, dana itu adalah berbentuk pinjaman dan bukannya tajaan.
Katanya, dana itu diminta oleh menantunya, Datuk Zul Hisham Zainal yang juga ahli perniagaan sebagai bantuan kewangan kepada pemain serta kakitangan persatuan bola sepak itu yang sudah empat bulan tidak dibayar gaji.
Ahmad Zahid bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin bahawa beliau yang mengarahkan bekas Setiausaha Eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly untuk menyediakan cek RM1.3 juta itu kepada persatuan bola sepak tersebut dan telah menandatangani cek berkenaan.
Disoal Nur Aishah sama ada YAB yang bertujuan membantu golongan miskin dan fakir boleh memberi dana kepada persatuan bola sepak itu, Ahmad Zahid menjelaskan, apabila mereka tidak mendapat bayaran gaji selama empat bulan, mereka akan menjadi miskin kerana tidak mampu untuk menampung perbelanjaan harian, bayaran rumah dan kereta.
Ahmad Zahid turut menafikan wang RM1.3 juta yang diberikan kepada persatuan bola sepak itu adalah satu kesalahan pecah amanah kerana wang tersebut telah dibayar semula kepada YAB.
Sementara itu, Ahmad Zahid tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaan bahawa beliau sering menyalahkan orang lain semasa memberi keterangan di mahkamah.
"Saya bukan menyalahkan orang lain, ia bersifat kebenaran dan itulah yang benar-benar berlaku. Kenyataan saya adalah berdasarkan sumpah yang saya baca (di mahkamah)," katanya.
Dalam prosiding hari ini, peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan pihak pembelaan akan memanggil 43 saksi.
Pasukan pembelaan Ahmad Zahid sebelum ini memaklumkan mahkamah bahawa ia akan memanggil 20 saksi.
Pada 24 Jan lepas, mahkamah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri atas 47 pertuduhan tersebut.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini untuk perbicaraan membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram. - Gambar BERNAMA

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

45 peniaga kena kompaun serta-merta
Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan tindakan kompaun serta-merta melibatkan hasil kutipan RM7,900.

Pemuda Pas Kelantan gesa semak semula cukai cecair vape
Pihaknya khuatir perkara tersebut akan memberi kesan langsung kepada anak-anak muda terutama melibatkan soal kesihatan dan moral untuk tempoh jangka panjang.

AWANI Ringkas: Pengurusan visa dan frekuensi penerbangan dipermudahkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Indonesia periksa 'hot spot' pemerdagangan manusia
Modus operandi penyeludup tidak berperikemanusiaan kerana membawa pekerja migran Indonesia secara haram dan dijadikan hamba.

Menteri Luar Ecuador letak jawatan
Menteri Luar Ecuador Juan Carlos Holguin mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu atas sebab peribadi.

Kes rasuah VLN: 'Saya diaib, ditelanjang oleh pandangan umum' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menambah, beliau yakin keputusan yang dibuat hari ini telah diteliti oleh hakim melalui perundangan.

Kronologi kes rasuah VLN Zahid Hamidi
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi.

"Sebagai orang Islam, saya pasti tolak jika wang sumbangan dari sumber haram" - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berpendirian sumbangan RM10 juta daripada ahli perniagaan Sarawak kepada Yayasan Akalbudi daripada sumber yang sah.

Desak PRU15 segera bukan kerana takut hukuman mahkamah - Zahid Hamidi
"Mereka yang momokkan perkara itu takut dengan hamba Allah bernama Ahmad Zahid Bin Hamidi selain tidak yakin kepada diri sendiri."

Sumbangan RM13.25 juta untuk aktiviti kebajikan YAB
Ahmad Zahid tegaskan beliau tiada perasaan apa-apa apabila menerima RM13.25 juta kerana sumbangan itu bukan untuk dirinya.

Ahmad Zahid, isteri guna dana Yayasan Akalbudi bayar kad kredit lebih RM1.3 juta - Timbalan Pendakwa Raya
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membayar bil kad kreditnya lebih RM1.3 juta.

Kes rasuah: Ahmad Zahid setuju penyelarasan caj OSP, VLN - Saksi pendakwaan
Saksi berkata penyelarasan caj tersebut dipersetujui daripada tidak melebihi harga siling RM105 kepada RM205 iaitu masing-masing RM100 untuk OSC, sementara RM105 lagi bagi sistem VLN.