KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) atas sumbangan sejuta dos vaksin Pfizer bagi meningkatkan keupayaan proses vaksinasi negara.

Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan, Seri Paduka Bagina turut menzahirkan sumbangan ini membuktikan hubungan baik antara kedua-dua negara.

Menurut beliau, sumbangan itu jelas menunjukkan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama di antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara.

"Semoga sumbangan bekalan vaksin ini membantu negara memerangi pandemik COVID-19 dan memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

"Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Sains, Tenologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Babab atas pelaksanaan kerjasama di antara kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat dalam menjayakan sumbangan bekalan vaksin ini," kata beliau.

 
Sumber Facebook IstanaNegaraOfficial

Dalam masa sama, Seri Paduka Baginda turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters, atas sumbangan ini.

Al-Sultan Abdullah turut menyeru kepada rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang musibah dan pandemik COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.



Sumbangan Vaksin AS | Malaysia negara pertama di Asia Tenggara terima

BACA: COVID-19: Pesawat bawa 1 juta dos Pfizer-BioNTech sumbangan AS selamat mendarat

BACA: 
Malaysia negara pertama di Asia Tenggara terima sumbangan vaksin Pfizer dari AS - Khairy

Semalam, Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menerima sumbangan vaksin Pfizer menerusi Program Perkongsian Vaksin Global (Covax), AS.

Malaysia peroleh sejumlah 6.4 juta dos vaksin keluaran BioNTech termasuk sejuta vaksin sumbangan AS setakat Isnin.

Jumlah 1 juta dos vaksin tersebut merupakan daripada kumpulan awal 80 juta vaksin buatan AS yang dijanjikan oleh pentadbiran Presiden Joe Biden bulan lalu untuk perkongsian global.