awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
Indonesia tarik balik sekatan, Grok dibenar beroperasi semula selepas jaminan X
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumud Nusantara: GSF sahkan kapal utama diserang dron di perairan Tunisia

Naz Raseed
Naz Raseed
09/09/2025
02:20 MYT
Sumud Nusantara: GSF sahkan kapal utama diserang dron di perairan Tunisia
Sebuah kapal utama Global Sumud Flotilla yang dikenali sebagai 'Family Boat' dilaporkan terkena serangan dipercayai dron di perairan Tunisia, kata GSF dalam satu kenyataan di media sosial.
GLOBAL Sumud Flotilla (GSF) mengesahkan sebuah kapal utama mereka yang membawa ahli Jawatankuasa Pemandu GSF diserang dron ketika berada di perairan Tunisia, pagi Selasa.
Menurutnya, kapal berkenaan yang dikenali sebagai 'Family Boat' belayar di bawah bendera Portugal dan telah terbakar akibat serangan itu.
"Kesemua enam penumpang serta kru selamat.
"Kebakaran dan kerosakan berlaku pada dek utama serta ruang simpanan bawah dek," kata GSF dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial pagi ini.
GSF berkata, siasatan sedang dijalankan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan sebaik diperoleh.
“Tindakan pencerobohan yang bertujuan menakutkan serta menggagalkan misi ini tidak akan melemahkan semangat kami.
"Malah misi aman bagi memecahkan kepungan ke atas Gaza ini berdiri teguh bersama rakyatnya dan akan diteruskan dengan penuh tekad dan iltizam,” tambah GSF.
Sementara itu, salah seorang aktivis terlibat, Yasemin Acar, turut berkongsi satu mesej video di Instagram miliknya berhubung kejadian itu.
"Sebuah dron berada betul-betul di atas, melepaskan bom, yang kemudiannya meletup, menyebabkan bot terbakar," katanya.
Global Sumud Flotilla, dinamakan sempena perkataan Arab "sumud" yang bermaksud "ketabahan," terdiri daripada kira-kira 20 kapal yang membawa penumpang dari pelbagai negara termasuk doktor, wartawan dan aktivis.
Sekitar 150 aktivis antarabangsa mengambil bahagian dalam inisiatif ini, termasuk rakyat Malaysia, Tunisia, Turkiye, serta peserta dari Eropah, Afrika dan Asia, dengan membawa bekalan ubat-ubatan serta makanan.
Flotila itu berlayar dari Barcelona pada akhir Ogos bersama satu lagi kumpulan dari Genoa, Itali dan dijangka berlepas dari Tunisia menuju Gaza pada Rabu.
Inisiatif itu bertujuan mencabar sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
View this post on Instagram
A post shared by Global Sumud Flotilla (@globalsumudflotilla)
View this post on Instagram
A post shared by Yas (@yaseminacr_)
Topic Berkaitan
#Sumud Nusantara
#kapal diserang dron
#Tunisia
#Global Sumud Flotilla
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami