awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Abang periang, tidak pernah tunjuk sedih'- Adik Allahyarham Isma Aliff
Eksperimen bateri litium-ion dijalankan di Stesen Angkasa Lepas China
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sungai melimpah, Taman Rekreasi Gua Kelam ditutup

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/10/2020
13:46 MYT
Sungai melimpah, Taman Rekreasi Gua Kelam ditutup
Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Perlis, Ag Shaffie Ag Ahmadni, penutupan itu bagi memastikan keselamatan pengunjung. -Gambar/ media sosial
KANGAR:Taman Rekreasi Gua Kelam di tutup bermula hari ini sehingga suatu tarikh akan dimaklumkan kelak berikutan paras air di dalam gua meningkat mendadak sehingga melimpah akibat hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.
Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Perlis, Ag Shaffie Ag Ahmadni, penutupan itu bagi memastikan keselamatan pengunjung.
"Semua aktiviti di kawasan Gua Kelam ditutup kerana mempunyai tinggi sekiranya dibuka kepada orang awam," katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Mejar (PA) Mohd Farid Ishak berkata, beberapa kawasan di sekitar negeri ini mula dinaiki air sejak pagi tadi namun terkawal.
"Beberapa lokasi membabitkan kawasan Ulu Pauh, Kampung Sentua Utan Aji dan Wang Kelian mula dinaiki air namun sekadar limpahan air yang melalui kawasan tertentu sahaja dan tiada kerja pemindahan penduduk dilakukan.
"APM negeri menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memantau keadaan yang berisiko dan berpotensi tinggi untuk banjir jika hujan lebat berterusan," katanya.
Katanya, bacaan tadahan hujan direkodkan di Stesen Chuping dari 7 Oktober hingga hari ini mencatatkan 141.8mm.
Pemantauan daripada Stesen Hujan Jabatan Pengairan dan Saliran negeri menunjukkan bacaan tadahan hujan Oktober meningkat pada bacaan tadahan mingguan berbanding bacaan tadahan bulanan.
Topic Berkaitan
#gua kelam
#ditutup
#banjir
#kepala air
#paras air meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan