Suntikan di bawah program perancang keluarga yang dikenakan terhadap wanita Orang Asli di negara ini bertujuan untuk melindungi mereka daripada kehamilan yang membahayakan kesihatan dan nyawa.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata inisiatif di bawah kementeriannya itu dilakukan atas rasa tanggungjawab bagi mencegah wanita-wanita yang berhadapan masalah seperti anemia dan kekurangan darah merah daripada hamil.
"Ia dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga yang penting demi menyelamatkan mereka dan kehamilan. Sekiranya kiraan darah kurang daripada 11, kita akan merujuknya kepada ubat-ubatan kerana ia tidak selamat untuk mereka hamil," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita tempatan yang mendakwa suntikan itu memberi kesan teruk kepada wanita Orang Asli pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Program Ikon Gigi Orang Asli (iGG-OA) Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di sini hari ini.
Dzulkefly berkata program perancang keluarga itu hanya dilakukan selama dua tahun sebelum ia dihentikan bagi membolehkan kehamilan semula kepada wanita Orang Asli.
"Ia dilakukan untuk kepentingan keselamatan wanita itu sendiri kerana sangat penting untuk mengelak kehamilan dalam tempoh tertentu dan salah satu daripadanya dengan suntikan perancang keluarga untuk melindungi mereka daripada kehamilan yang tidak sesuai," katanya.
BACA: Program perancang keluarga: Dakwaan Orang Asli perlu bukti - Menteri Kesihatan
Semalam, portal berita berkenaan melaporkan suntikan perancang keluarga yang diberikan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada wanita Orang Asli terutama yang baru berkahwin didakwa memberi kesan yang teruk.
Selasa lepas, Orang Asli daripada lima buah kampung di Gerik dan Sungai Petani dilaporkan hadir ke parlimen bagi menggesa kerajaan menerusi KKM supaya menghentikan tindakan memberi ubat perancang kepada masyarakat itu.
Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata KKM menyerahkan siasatan berhubung penahanan lelaki yang menyamar dirinya sebagai doktor untuk melakukan gangguan seksual ke atas wanita melalui telefon di Klang kepada pihak polis.
Beliau berkata kementeriannya tidak menjalankan siasatan dalaman namun tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyamar sebagai doktor.
"Individu yang menyamar sebagai doktor palsu itu telah ditahan dan kita menyerahkan siasatan kepada pihak polis untuk menyiasat.
"Kita akan menanganinya dengan tegas dan tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan perkara ini tanpa amalan perubatan yang sebenar dan berdaftar kerana ia bukan sahaja satu kesalahan jenayah tetapi juga menjejaskan kesihatan dan keselamatan pesakit," katanya.
Dr Dzulkefly berkata perbuatan doktor palsu dan amalan perubatan palsu dikhuatiri memberi risiko kepada pesakit dan pihaknya memberi amaran supaya tidak melakukan perkara yang tidak beretika sedemikian.
Ditanya sama ada terdapat prosedur untuk doktor melakukan pemeriksaan perubatan melalui panggilan telefon, Dr Dzulkefly berkata amalan dalam kalangan doktor yang berdaftar tidak wajar dibandingkan dengan perbuatan doktor palsu.
Beliau berkata pihaknya sedang menuju ke arah tele-perubatan dan kesihatan digital namun ia tidak boleh dibandingkan dengan perbuatan doktor palsu yang mana berbeza dengan amalan perubatan yang profesional.
Pada pukul 8.45 malam semalam, polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang menyamar sebagai doktor untuk melakukan gangguan seksual ke atas wanita melalui telefon di sebuah hotel di Klang, Selangor.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dilaporkan berkata sebanyak tiga laporan polis diterima pihaknya sepanjang Jun lepas mengenai kegiatan lelaki yang berasal dari Terengganu berkenaan dan siasatan lanjut mendapati, 21 laporan berkaitan kes itu turut dibuat oleh mangsa yang berlainan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2019
Dr Dzulkelfy pada majlis pelancaran Program Ikon Gigi Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jakoa di Sungkai hari ini. - Astro AWANI
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
'Doktor' tawar rawatan gigi, kecantikan haram di Instagram, TikTok
Sebuah pusat kecantikan dipercayai menawarkan khidmat rawatan gigi dan perubatan estetik haram sejak hujung 2022 diserbu pada Selasa.
Doktor palsu kahwini 18 wanita akhirnya dicekup
Hanya bermodalkan kata-kata manis, seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor berjaya memperdaya dan mengahwini 18 wanita di seluruh India.
Remaja mengaku bersalah menyamar jadi doktor di PPV
Remaja berusia 20 tahun itu menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu.
Awasi tiga kategori kumpulan 'doktor palsu' ini!
Istilah doktor palsu merujuk kepada pengamal perubatan atau pergigian yang tidak diiktiraf atau tidak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.
Suntikan perancang keluarga Orang Asli sebagai langkah keselamatan
Inisiatif di bawah kementeriannya itu dilakukan atas rasa tanggungjawab bagi mencegah wanita-wanita yang berhadapan masalah seperti anemia dan kekurangan darah merah daripada hamil.
PPIM nafi bantu bebaskan 'doktor gigi palsu'
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata PPIM tidak pernah menyokong atau mengiktiraf tindakan individu yang boleh mengundang risiko.
KPT tegas bendung kegiatan guna gelaran 'Dr' palsu
Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata kefahaman tentang kepentingan nilai integriti perlu diberikan secara berterusan kepada institusi pengajian tinggi di negara ini.