BISNES
Urusharta Jamaah beli saham Solarvest, muncul sebagai pemegang saham utama

Solarvest, pemain tenaga bersih serantau yang kini beroperasi di lapan negara, telah membangunkan lebih daripada 2,000 megawatt projek solar. - Foto Solarvest
KUALA LUMPUR: Urusharta Jamaah Sdn Bhd, iaitu syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan (MOF), telah memperoleh tiga juta saham biasa Solarvest Holdings Bhd, sekali gus meningkatkan pegangannya kepada 5.08 peratus.
Pengambilalihan saham itu dibuat pada 15 Ogos, menjadikan Urusharta Jamaah sebagai pemegang saham utama dalam syarikat itu, kata Solarvest Holdings dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.
Solarvest, yang merupakan pemain tenaga bersih serantau dan beroperasi di lapan negara, telah membangunkan lebih daripada 2,000 megawatt projek solar yang sedang berjalan dan yang telah disiapkan.
-- BERNAMAMust-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami