KUALA LUMPUR: Sebelum ini, perjalanan negara untuk mencapai imuniti berkelompok sebelum penghujung tahun ini hanya berdepan masalah keengganan sebahagian masyarakat mendaftar bagi menerima suntikan vaksin COVID-19, namun kini halangan baharu pula timbul apabila ramai yang tidak hadir janji temu masing-masing.
Hampir setiap negeri merekodkan masalah ini dan jumlahnya bukan sedikit tetapi mencapai ribuan janji temu di setiap negeri seperti yang disahkan pengarah kesihatan negeri masing-masing.
Di Pahang, kira-kira 10,000 individu disahkan gagal menghadiri janji temu tersebut, manakala di Melaka mencatatkan 3,934 individu dan Johor (14,144).
Turut dilaporkan sebelum ini hampir 10,000 penduduk di Kelantan gagal hadir menerima suntikan vaksin, lebih 3,000 di Perlis, kira-kira 6,200 di Negeri Sembilan, seramai 10,827 individu di Kedah dan dianggarkan lebih 9,000 penduduk di Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, antara alasan yang diberikan ialah tidak mengetahui tarikh janji temu, tidak sihat, berada di luar kawasan, tiada kenderaan dan ada segelintir yang enggan divaksin.
"Kalau tidak dapat datang pada hari yang ditetapkan, nama masih ada dan mereka masih lagi boleh menerima suntikan vaksin. Tetapi saya sarankan agar semua mematuhi janji temu bagi memudahkan urusan pemberian vaksin secara berfasa ini," katanya.
Suntikan vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kini dalam fasa kedua dengan keutamaan diberikan kepada warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyakit kronik.
Program berkenaan dibuat dalam tiga fasa yang mana fasa pertama mengutamakan petugas barisan hadapan dan fasa terakhir akan dibuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas.
Sementara itu di Johor, alasan sama turut diterima dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Aman Rabu berkata, kes mereka yang enggan disuntik itu kebanyakannya didaftarkan oleh anak-anak atau pendaftaran tanggungan.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah pula berkata, sikap tunggu dan lihat serta mahu berbincang dengan anak-anak dikenal pasti menjadi punca warga emas tidak hadir janji temu vaksinasi.
"Kita berharap anak-anak dan mereka yang terdekat dengan warga emas untuk bantu memberi penerangan mengenai keperluan mengambil vaksin kerana tidak mahu keadaan sudah terlewat disebabkan sikap tunggu dan lihat.
"Anak-anak juga seharusnya tegas dalam isu ini kerana mereka lebih faham akan kebaikan vaksin... dapatkan persetujuan mereka dan daftarkan mereka untuk terima vaksin selain pastikan mereka boleh ke PPV," katanya.
Dr Bahari berkata, bagi mengelakkan dos vaksin dibazirkan oleh ketidakhadiran penerima vaksin yang dijadualkan, pihaknya terpaksa memanggil mereka dalam senarai menunggu melibatkan individu berumur dan pesakit komorbid.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, kementeriannya menimbang kemungkinan mengenakan kompaun atau penalti kepada individu yang gagal hadir janji temu untuk vaksinasi COVID-19.
Beliau berkata, tindakan tegas itu akan diusulkan dalam perbincangan pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses COVID-19 (JKJAV) tidak lama lagi. - BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021

Hampir setiap negeri merekodkan masalah ini dan jumlahnya bukan sedikit tetapi mencapai ribuan janji temu di setiap negeri. - Gambar hiasan

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.