awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gelombang haba landa selatan Australia, cetus amaran kebakaran belukar
China perketat peraturan e-dagang penstriman langsung, platform perdagangan dalam talian
Skandal FAM: 'Perlu tahu pasukan mana juara kumpulan agar masuk balang undian ...' - Windsor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suntikan vaksin 'walk in' di UniSZA palsu

Sinar Harian
Sinar Harian
12/07/2021
02:03 MYT
Suntikan vaksin 'walk in' di UniSZA palsu
Pesanan WhatsApp mengenai suntikan vaksin walk in di UniSZA yang tular pada Ahad. -Foto Sinar Harian
KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengesahkan bahawa suntikan vaksinasi COVID-19 secara 'walk in' di pusat pemberian vaksin (PPV) IPT (Integrasi) UniSZA yang tular di media sosial pada Ahad adalah palsu.
UniSZA dalam satu kenyataan memaklumkan pemberian vaksin secara walk-in tidak pernah dilakukan di semua PPV termasuk PPV IPT (Integrasi) UniSZA.
"Individu yang dipilih menerima suntikan vaksin COVID-19 akan dimaklumkan melalui notifikasi di aplikasi MySejahtera, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon," kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, UniSZA menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu.
Kenyataan itu turu memberitahu, orang ramai juga diminta tidak hadir di PPV tanpa sebarang urusan dan tidak perlu berlegar atau menunggu di PPV bagi mendapatkan vaksin tanpa janji temu.
"Janji temu suntikan vaksin boleh dibuat dengan mendaftar melalui laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (vaksincovid.gov.my), aplikasi MySejahtera dan talian hotline 1-800-888-828," katanya.
Pada Ahad, tular satu pesanan WhatsApp memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan suntikan vaksin secara terus di UniSZA berikutan universiti itu menerima 400 vaksin baharu.
Artikel asal di Sinar Harian: Suntikan vaksin 'walk in' di UniSZA palsu
Topic Berkaitan
#UniSZA
#WhatsApp
#vaksinasi secara walk-in
#berita palsu
#MySejahtera
#suntikan
#bekalan vaksin
#COVID-19
#IPT
#vaksin
#PPV
#Pusat Pemberian Vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan