KUALA LUMPUR: Surah Al-Sajdah dipilih pada program Malaysia #QuranHour yang diadakan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2022.
Program yang dijalankan serentak di seluruh negara hari ini menyaksikan sebanyak 1,894 lokasi didaftarkan untuk penganjuran program, selain satu lokasi di luar negara iaitu Brunei.
Di PUTRAJAYA, kira-kira 3,000 jemaah hadir bagi mengimarahkan program Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas dua tahun program itu dijalankan secara sederhana disebabkan penularan wabak COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff berkata program bertemakan 'Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama' berjaya menarik peserta dari seluruh negara untuk bersama-sama menghayati surah Al-Sajdah sebagai satu solusi untuk mengatasi kesombongan dalam diri insan.
Program yang bermula pada 12 tengah hari itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Al-Baqarah ayat 1 hingga 5, diikuti Surah Al-Sajdah dengan bimbingan Qari Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan, Amirahman Abas, Abdul Khair Jalil, Ahmad Tirmizi Ali dan Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.
Program itu turut melibatkan sesi tadabbur oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF Fazrul Ismail, Pegawai Khas Ketua Pengarah JAKIM Mohamad Zarifi Mohamad Daud serta pensyarah di Jabatan Usuluddin, Universiti Sultan Azlan Shah Dr Syafiq Sahimi.
Di MELAKA, lebih 500 peserta menyertai program yang diadakan di Masjid Al-Sultan Abdullah, Masjid Tanah dengan bacaan surah Al-Sajdah dipimpin Qari Jabatan Dakwah Jabatan Agama Islam Melaka Muhammad Khairi Maidin dan pentadabbur Dr Muhammad Arif Musa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terdahulu, program tersebut dimulakan dengan bacaan Yasin sebelum diteruskan dengan sesi motivasi al-Quran bertajuk 'Apa Matlamat Hidup' disampaikan Mohd Hakim Mohd Nor yang juga penyelaras Akademi Jiwa Hamba.
Di KEDAH, program berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Khir Johari, Sungai Petani dan disertai lebih 300 murid Tahun 1 hingga 6, hampir 40 guru dan pihak pengurusan sekolah bermula 12 hingga 12.45 tengah hari.
Ketua Panitia Pendidikan Islam Muhammad Zahir Ghazali berkata melalui program itu murid-murid dapat menyuntik semangat untuk membaca al-Quran walau di mana mereka berada selain dapat membentuk akhlak yang lebih baik.
Di PERAK, Setiausaha Rumah Ngaji @ Mawaddah Meru Ipoh Jamnah Saud berkata 60 peserta di sekitar Meru, Ipoh menyertai Malaysia #QuranHour dengan pelbagai aktiviti dilakukan antaranya jualan makanan serta perkongsian rohani yang diadakan di rumah itu.
"Program ini antara lain dapat mengeratkan ukhwah sesama kami di sekitar kawasan Meru dan dapat memberi sedikit masa buat orang ramai meninggalkan sebentar rutin harian dengan memanfaatkan masa satu jam membaca al-Quran," katanya.
Di SELANGOR, Ketua Bahagian Gerakan Membaca Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Mohamed Fadzli Mohd Fauzi berkata kira-kira 150 perpustakaaan seluruh negeri melaksanakan Malaysia #QuranHour.
Di PAHANG, sambutan yang diadakan di Masjid Maahad Tahfiz Pahang, Kuantan dihadiri kira-kira 700 peserta dengan majlis disempurnakan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Dr Zulkifle Ali.
Selain surah Al-Sajdah, bacaan doa sempena sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut esok turut dilaksanakan sebelum program diakhiri dengan ikrar al-Quran dan solat zuhur berjemaah.
Di KELANTAN, 10 Orang Asli suku kaum Batek dari Kampung Aring 5 di Gua Musang menempuh perjalanan kira-kira 80 kilometer untuk menghadiri program Malaysia #QuranHour di Masjid Tengku Razaleigh, Gua Musang.
Raina Anjang, 53, berkata walaupun tidak mengambil bahagian dalam sesi bacaan al-Quran yang disertai lebih 3,000 orang tetapi pengalaman mendengar bacaan al-Quran serta melihat suasana di masjid berkenaan adalah kenangan tidak boleh dilupakannya.
Di JOHOR, kira-kira 600 peserta menyertai Malaysia #QuranHour Peringkat Negeri yang diadakan di Masjid Taman Industri Sri Sulong, Batu Pahat.
Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor Mohd Yusof Jamar berkata majlis itu bermula dengan bacaan doa oleh imam masjid Ahmad Hashim Sabrin disusuli bacaan dan tadabbur Surah Al-Sajdah secara beramai-ramai diketuai Guru Ta'mir Kerajaan Negeri Mohd Khalid Sujud.
DI NEGERI SEMBILAN, hampir 1,000 peserta menyertai Malaysia #QuranHour yang diadakan di Masjid Qaryah Paroi Jaya, Seremban, termasuk kakitangan agensi kerajaan dan pelajar tahfiz daripada 45 buah sekolah di sekitar daerah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022

Peserta menyertai Malaysia #QuranHour dengan mengalunkan ayat suci Al-Quran dari surah Al-Sajdah yang diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13, Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA

Khartoum diisytihar “bebas”, tentera Sudan kuasai semula ibu negara daripada RSF
Jeneral Abdel Fattah al-Burhan isytihar Khartoum sebagai "bebas" susulan pengusiran pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

Pejabat LHDN ditutup dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri
Pejabat LHDN di seluruh negara tidak akan beroperasi pada 31 Mac dan 1 April ini dan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 April.
Menilai kestabilan pasaran automotif Malaysia sepanjang 2025
Selepas permulaan tahun yang perlahan, industri automotif Malaysia mencatat pemulihan kukuh pada Februari. Lonjakan jualan ini memberi gambaran positif terhadap permintaan kenderaan, tetapi adakah ia akan berterusan? Kupasan lanjut tentang trend, cabaran dan peluang pasaran automotif Malaysia bersama Penganalisis Industri Automotif, Hezeri Samsuri.
Grab Malaysia dan MDEC kerjasama untuk digitalisasi PMKS
Grab Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bekerjasama untuk memperkasakan PKS dengan alat digital, menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam ekonomi global yang semakin berkembang.

DJ Dave kembali dengan 'Meriah Syawal' selepas 48 tahun
Selepas hampir lima dekad, penyanyi legenda Datuk DJ Dave kembali menghangatkan suasana Aidilfitri dengan lagu baharu berjudul Meriah Syawal.
Prestasi S&P 500: Sehingga 27 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.

Pemandu kontena khayal tetap memandu tayar lori telah pecah
Seorang pemandu kontena di bawah pengaruh dadah meneruskan perjalanan dengan sebiji tayar kenderaan itu yang pecah dari Taiping, Perak ke Perai.
Wall Street merosot akibat kebimbangan tarif; saham Nvidia dan Tesla menjunam
Pasaran saham Amerika Syarikat jatuh mendadak pada Rabu susulan kebimbangan tarif baharu ke atas import automotif. Saham Nvidia dan Tesla mengalami kejatuhan ketara ketika pelabur menunggu pengumuman dasar tarif oleh Presiden Donald Trump.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 27 Mac 2025
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian saham telekomunikasi, pengguna.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 27 Mac 2025
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS dalam ketidaktentuan global.
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat pembukaan Rabu? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat pembukaan Rabu? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Surah Al-Sajdah dipilih untuk program Malaysia #QuranHour
Surah Al-Sajdah dipilih pada program Malaysia #QuranHour yang diadakan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2022.