BESUT: Sebelum COVID-19 'menjengah' Pulau Perhentian yang terletak di Besut Terengganu, lokasi ini akan dipenuhi pelancong yang mahu merasai pengalaman melakukan pelbagai aktiviti air pulau berkenaan.
Kejernihan air, keindahan panorama serta suasana mendamaikan dengan disajikan pantai yang landai pasti memberi keseronokan dan keasyikan kepada pengunjung untuk menikmati hari percutian.
Ditambah dengan kehadiran ribuan pelbagai spesies ikan jinak mengerumuni badan ketika mandi-manda turut menjadi faktor penarik pengunjung untuk terus mengunjunginya tanpa jemu.
Namun situasi itu telah diragut. Kemeriahan telah bertukar suram dan lengang sekali gus menyaksikan industri pelancongan yang menjadi nadi utama ekonomi utama penduduk di pulau peranginan itu lumpuh.
Lazimnya, bermula bulan Mac sehingga September menjadi 'lubuk rezeki' buat pengusaha bot dan penduduk di Pulau Perhentian yang Besut yang tidak menang tangan melayan tetamu yang berkunjung.
Sebelum ini, seawal jam 8 pagi, Nik Faiza Mat Saman, 49 tahun akan keluar dan bersiap sedia untuk membawa pelancong mengelilingi pusat peranginan tumpuan itu serta melakukan aktiviti snorkeling.
Bak kata pepatah 'hidup tidak selalunya indah dan langit tidak selalu cerah' di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang dikuatkuasakan sangat menguji kehidupannya dan memberi tamparan hebat khususnya dari sumber kewangan.
Bukan itu sahaja malahan rutin kehidupan mereka turut berubah seratus peratus di mana dari seorang pemandu bot kini ada yang bergelar nelayan dan pekebun.
Kesemua usaha yang dilakukan itu bagi meneruskan kelangsungan hidup untuk menyara dan mengalas perut ahli keluarganya.
Berbekalkan sedikit kemahiran dilaut, Nik Faiza akan pergi ke laut untuk menangkap ikan, jika nasibnya baik dapatlah mereka sekeluarga menjamu selera dengan hasil tangkapan tersebut.
Jika ada hasil tangkapan yang banyak, dia akan menjualnya kepada penduduk setempat namun adakala terpaksa pulang dengan tangan kosong.
“Terasa juga hendak beli ikan, duit tu hendak kata tidak ada, tetapi kita rasa benda itu mahal sebab tidak ada duit. Jadi baik pergi pancing. Namun pernah juga balik dengan tangan kosong,” katanya.
Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, langkah berjimat cermat perlu diambil memandangkan tidak tahu sampai bila harus berada di dalam situasi pandemik seperti ini dengan wang simpanan yang ada juga makin menyusut.
Kedatangan tahun 2021 yang diharap membawa sinar kepada penduduk juga bertukar hampa di mana sehingga kini tiada langsung pendapatan diperolehi mereka.
Jelasnya, sepanjang 20 tahun bergelar pemandu bot, ini adalah situasi yang paling getir dilaluinya.
Walaupun terpisah jauh dengan tanah besar, dia bersyukur keperluan asas tidak pernah putus dan ada yang sentiasa prihatin dengan nasib penduduk di pulau tersebut.
Jelasnya suasana sepanjang tempoh PKP juga lebih sunyi dan sepi berbanding musim tengkujuh.
Ia berikutan keadaan di sekitar yang bukan sahaja tidak menampakkan aktiviti pelancongan, malah aktiviti harian penduduk juga tidak banyak dilakukan berikutan pematuhan dan disiplin tinggi penduduk untuk terus kekal di rumah sepanjang PKP.
Nik Faiza mengakui dia sangat merindui suasana sebelum dan tidak sabar untuk menunggu kehadiran tetamu mengunjungi pulau itu kembali.
Dia turut mengenangkan nasib yang bakal menimpa jika keadaan ini berterusan selain persoalan baki duit simpanan yang ada untuk menampung kehidupan mereka.
LAPORAN KHAS KELOLAAN NUR FAZLIZAI ALI DAN JURUKAMERA YUSOF MOHD ALI AKAN DITERBITKAN MALAM INI DALAM BULETIN AWANI 745 MALAM INI.
Nur Fazlizai Ali
Mon Jul 05 2021
Nik Faiza mengakui dia sangat merindui suasana sebelum dan tidak sabar untuk menunggu kehadiran tetamu mengunjungi pulau itu kembali. - Foto Astro AWANI
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.