awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat kepada MB Kedah jemput sertai lawatan ke Bukit Kayu Hitam, tidak sebut mesyuarat 'pre-council'

Bernama
Bernama
01/12/2023
11:40 MYT
Surat kepada MB Kedah jemput sertai lawatan ke Bukit Kayu Hitam, tidak sebut mesyuarat 'pre-council'
Menurut Wisma Putra, jemputan dibuat adalah berdasarkan kesesuaian penglibatan Menteri Besar Kedah dalam program berkenaan. - Gambar fail/ Bernama
PUTRAJAYA: Wisma Putra menjelaskan bahawa surat jemputan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bertarikh 25 Nov lepas adalah untuk menyertai program lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke ICQS Bukit Kayu Hitam pada 27 Nov, tanpa menyebut mesyuarat pre-council.
Menurutnya jemputan dibuat adalah berdasarkan kesesuaian penglibatan Menteri Besar Kedah dalam program berkenaan.
Penjelasan itu dibuat dengan merujuk kepada kenyataan Muhammad Sanusi semasa Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada 29 Nov mengenai ketiadaan kerusi disediakan untuk beliau semasa mesyuarat pre-council bersama Perdana Menteri di Hotel Raia, Alor Setar yang diadakan sebelum bermulanya lawatan kerja Perdana Menteri ke Sadao, Thailand pada 27 Nov.
Menurut kenyataan itu Menteri Besar Kedah tidak terlibat dalam mesyuarat pre-council bersama Perdana Menteri dan surat bertarikh 25 Nov itu juga tidak menyebut tentang mesyuarat pre-council.
"Apabila Menteri Besar Kedah mengambil keputusan untuk turut hadir ke mesyuarat pre-council ini, YAB Perdana Menteri telah menyediakan kerusi untuk beliau," kata Wisma Putra.
Menurutnya Muhammad Sanusi juga tidak terlibat dalam lawatan Perdana Menteri ke Sadao, Thailand, namun bagi memenuhi permintaan beliau di saat akhir, Perdana Menteri telah bersetuju mengizinkan beliau menyertai delegasi rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sadao
#Menteri Besar Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan