Gara-gara menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menerusi laman sosial Facebook, seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara 8 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu di sini, hari ini.
Hukuman diputuskan hakim Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh mengaku bersalah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh Shamsiah Samsudin,44 tahun, pada 25 April tahun lalu didapati telah menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook Tengku Cik Puan Muda Shamsiah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain yang telah dibaca pada 26 april 2017 jam lebih kurang 2.11 petang di pejabat Sentosa Jaya jalan Padang Bongor, di sini.
Tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua duanya dan juga boleh dedenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Timbalan Pendakwaraya, Hajarul Fallena Abu Bakar memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh kerana individu yang dihina adalah Yang di-Pertuan Agong.
Mahkamah menetapkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh dituduh pada 14 Februari 2018.
Vivi Sumanti
Sun Mar 25 2018

Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas Shamsiah Samsudin, 44, selepas mengaku bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook. - Foto Astro AWANI

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Berkenalan di Facebook, doktor kerugian RM94,000 terpedaya 'love scam'
Seorang doktor kerugian RM94,000 selepas diperdaya sindiket Love Scam melalui perkenalan dengan seorang lelaki tempatan menerusi Facebook, bulan lalu.

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahun baharu
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan sempena sambutan Tahun Baharu 2023.

Piala AFF: Anwar ucap selamat berjuang, yakin Harimau Malaya pamer prestasi tinggi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad Harimau Malaya yang akan memulakan kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 bertemu Myanmar hari ini.

Pahang tutup semua tapak perkhemahan - MB
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengarahkan semua tapak perkhemahan ditutup.

Kerana kekasih alam maya, wanita di Sibu rugi lebih RM150,000
Suspek telah memperdaya wanita terbabit menggunakan aplikasi WhatsApp.

Love Scam: Simpati kepada kekasih, wanita rugi RM152,050
Mangsa mendakwa telah dihubungi suspek untuk meminta bantuan melepasnya dari tahanan imigresen atas kesalahan membawa wang tunai (Pound Sterling) dalam kuantiti yang banyak.

Pekerja restoran didakwa buat hantaran ancam doktor berhubung vaksin COVID-19
Seorang pekerja restoran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang mengancam beberapa doktor berhubung pengambilan vaksin COVID-19.

New Zealand rangka undang-undang supaya Google, Meta bayar kandungan berita
Jika dikuat kuasa, syarikat gergasi internet itu harus membuat perjanjian dengan saluran media tempatan sebelum mendapat akses kepada kandungan berita.

Sultan Ibrahim ziarah makam Almarhum Tunku Abdul Jalil
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menziarahi makam anakanda baginda itu di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.

Data 11.6 juta pengguna WhatsApp bocor data kitar semula Facebook
Data yang didakwa bocor bukan dari WhatsApp, sebaliknya data Facebook yang dikitar semula oleh penggodam terbabit.