KANGAR: Siapa sangka dengan mengambil keputusan berhenti kerja sebagai penjawat awam pada 2012 untuk menumpukan perhatian penuh kepada keluarga, seorang suri rumah berjaya meraih pendapatan sebanyak RM1,000 sehari dengan mengusahakan lemang periuk kera.
Menurut pengusahanya, Nazatul Azrin Othman, 41, biarpun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah sejak enam tahun lepas, dia tidak menang tangan menerima tempahan sejak awal Ramadan.
"Saya jual lemang periuk kera dengan harga RM30 untuk sekilogram dan berjaya siapkan 30 hingga 40 kilogram (kg) bersamaan 600 ke 640 unit sehari.
"Dalam masa dua minggu awal Ramadan saya berjaya jual hampir satu tan lemang periuk kera yang dijual secara 'cash on delivery' (COD)," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tok Paduka di sini baru-baru ini.
Nazatul Azrin berkata lemang periuk kera menjadi tarikan baharu di negeri ini kerana ia sukar diperoleh berbanding ketupat palas dan lemang buluh.
Ibu kepada seorang anak itu berkata apa yang membimbangkan beliau ialah jumlah kelongsong periuk kera yang agak terhad dan bekalannya yang didapati daripada Orang Asli di Pahang agak sukar apabila perkhidmatan kurier tergendala akibat kesesakan trafik menjelang Aidilfitri, namun beliau cuba memenuhi permintaan pelanggan kerana tidak mahu menghampakan mereka yang sedih tidak dapat pulang beraya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dia berkata sebelum PKP pertama mula diisytiharkan tahun lepas, dia membekalkan sendiri kira-kira satu tan lemang periuk kera segar ke beberapa kawasan terdekat di utara antaranya Langkawi, Alor Setar dan Sungai Petani di Kedah dan Butterworth, Pulau Pinang sekali gus membantu suami menjana ekonomi keluarga.
Bekas penjawat awam yang pernah berkhidmat di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di Kuala Lumpur itu berkata idea asal untuk mengusahakan lemang periuk kera tercetus apabila beliau melawat saudaranya di Pahang pada 2014.
Katanya, proses membersihkan dua guni kelongsong periuk kera sahaja mengambil masa lebih 24 jam dan ini tidak termasuk masa untuk memasak pulut untuk dijadikan lemang iaitu selama 45 minit.
Dia berkata kelongsong periuk kera perlu dibersihkan secara teliti dengan membuang miang dan durinya, diberus dengan berus mini khas dan dibasuh bersih menggunakan air mengalir bagi menghasilkan lemang periuk kera yang selamat untuk dimakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021
Permintaan terhadap lemang periuk kera meningkat dua kali ganda berbanding biasa dan menjadi tarikan terbaharu sebagai juadah lebaran di Perlis. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kenaikan kos bahan mentah bukan alasan peniaga naikkan harga lemang
Peniaga lemang Zaim Abdullah di Kepala Batas buat keputusan kekalkan harga jualan lemang.
Gerai lemang di Kijal sunyi
Lengang dan sunyi itulah suasana di deretan gerai jualan lemang di Kijal, Kemaman yang sebelum ini meriah.
Suri rumah jana RM1,000 sehari jual lemang periuk kera
Biarpun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sejak enam tahun lepas, dia tidak menang tangan menerima tempahan sejak awal Ramadan.
Tinjauan Astro AWANI: Apakah nasib si penjual lemang tatkala PKP?
Berbekalkan pengalaman daripada PKP lepas, penjual lemang menggunakan kaedah berbeza iaitu platform dalam talian untuk mempromosikan jualan lemangnya.
'Lemang meriam' gegar warga Perak
Seorang pengusaha tampil kreatif dengan menyiapkan lemang gergasi untuk warga Ipoh sehingga mendapat permintaan tinggi walaupun pandemik COVID-19 sedang melanda.
Lemang daun tebu lebih enak dan wangi
Barangkali, sebilangan besar daripada kita tidak pernah mendengar juadah lemang daun tebu.
Lemang periuk kera timbulkan keresahan pencinta alam
Pencinta alam bimbang kerana penuaian kelongsong periuk kera secara keterlaluan boleh membawa kepada kepupusan spesis tumbuhan itu.
Lemang sushi yang unik, hanya di Kuala Pilah
Inovasi lemang sushi yang diperkenalkan pengusahanya, Zuriati Sulaiman, di pekan Kuala Pilah, mula dikenali sejak awal tahun lalu.
Lemang daun lerek pembuka selera di Aidilfitri
Umumnya lemang, makanan tradisional yang sinonim dengan sambutan hari raya di negara ini, dimasak berlapikkan daun pisang, namun bagi mereka yang berasal dari pantai timur khususnya, lemang daun lerek
Lemang MRR2 kekal pilihan warga Lembah Klang
Tinjauan mendapati tahun ini juga tiada bezanya dengan pengusaha gerai seperti 'Pak Ali Lemang Asli', 'Pak Dean Lemang Tradisi' dan 'Pak Ya', tidak menang tangan melayan pelanggan.