awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah kerugian hampir setengah juta diperdaya sindiket 'phone scam'

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/04/2023
00:00 MYT
Suri rumah kerugian hampir setengah juta diperdaya sindiket 'phone scam'
Mohd Yusri menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah scammer yang telah memperdaya ramai mangsa. - Gambar fail
IPOH: Seorang suri rumah di Kerian mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM459,754 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’ pada Februari lalu.
Kejadian itu dimaklumkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian menerusi laporan dibuat seorang wanita berusia awal 50-an pada Sabtu lepas.
Menurut Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa dari pihak insurans dan polis, yang memaklumkan dia terlibat dalam satu tuntutan palsu.
Di samping itu, pemanggil juga mendakwa pengadu turut terlibat dengan jenayah pemerasan dan judi haram.
“Untuk tujuan siasatan, pengadu diminta mendedahkan maklumat akaunnya kepada pihak sindiket.
“Kemudian, pengadu diarahkan membuat pemindahan wang ke akaun yang telah didedahkannya,” kata Mohd Yusri dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, pengadu menyedari telah diperdaya setelah menceritakan perkara itu kepada ahli keluarganya.
Menurutnya, pengadu telah membuat semakan ke atas akaunnya dan mendapati wang simpanannya telah berkurangan sebanyak RM459,754.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Mohd Yusri menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah scammer yang telah memperdaya ramai mangsa.
Orang ramai boleh merujuk kepada Bilik Gerakan IPD Kerian di talian 05-721 2222 atau menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599 atau hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997.
Topic Berkaitan
#scam
#Mohd Yusri Hassan Basri
#dedahkan maklumat akaun
#pemindahan wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan