KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah yang didenda RM9,000 kerana membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong melalui laman sosial Facebook miliknya, menangis di Mahkamah Sesyen di sini hari ini sambil mengakui perbuatannya itu adalah bodoh.
Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhi hukuman itu ke atas Rosmawati Mohd Zain, 46, selepas dia mengaku bersalah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menganiayai orang lain, melalui Facebook menggunakan nama profil 'Rosmawati Mohd Zain' pada 7.06 malam, 25 Mei lepas.
Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada 1.06 tengah hari, 1 Jun lepas.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Mahkamah turut memerintahkan Rosmawati dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda berkenaan.
Ketika rayuan, Rosmawati yang tidak diwakili peguam memohon denda ringan atas alasan dia insaf dan menyesal dengan perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
"Saya seorang suri rumah dan mempunyai empat anak. Saya terlalu emosi waktu itu. Saya menyesal dan berjanji tidak akan meluah perasaan melalui Facebook. Saya akui, saya buat tindakan bodoh," rayunya sambil menangis teresak-esak.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
"Kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 semakin berleluasa. Hari ini sahaja dua kes dituduh. Di dalam kes hari ini, tertuduh membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong iaitu individu yang paling dihormati dalam sistem Perlembagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 03 2021
Mahkamah turut memerintahkan Rosmawati (kiri) dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda berkenaan. - Gambar/ Bernama
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Helikopter terhempas, Presiden Iran disahkan maut: Apa makna kepada Iran, dunia Islam?
Ikuti ulasan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman mengenai tragedi helikopter terhempas yang meragut nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Isnin.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.