awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah mengaku tidak bersalah simbah air panas terhadap anak tiri

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
10/08/2018
11:05 MYT
Suri rumah mengaku tidak bersalah simbah air panas terhadap anak tiri
Tertuduh Esther Veran, 31, membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Teluk Intan selepas pertuduhan di bacakan jurubahasa mahkamah.
Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak yang juga merupakan anak tirinya yang berusia 9 tahun penghujung bulan Julai yang lepas.
Tertuduh Esther Veran, 31, membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Teluk Intan selepas pertuduhan di bacakan jurubahasa mahkamah.
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan namun mengaku memahami pertuduhan yang di bacakan.
Hakim, Norita Mohd Ardani menetapkan tarikh 14 September depan untuk sebutan semula kes dan pada masa yang sama tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana tertuduh dan mangsa tinggal serumah.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dari Jalan Maharaja Lela, Teluk Intan dan sebagai penjaga yang sah, pada 30 Julai 2018 dituduh dengan sengaja menganiayai anak tirinya itu yang berusia 9 tahun 9 bulan dengan menyimbah air panas di bahagian belakang badannya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak tersebut.
Tuduhan di buat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dua puluh tahun atau kedua-duanya.
Pertuduhan di buat oleh Timbalan Pendakwaraya Mohamad Suffian Ja’afar manakala tertuduh di wakili peguambela S. Kumaresan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Topic Berkaitan
#dera
#Esther Veran
#ibu tiri
#Kanak-kanak
#Mahkamah Sesyen
#mangsa
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan