awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah, penganggur didakwa bunuh pemandu lori

Bernama
Bernama
09/05/2013
08:23 MYT
Suri rumah, penganggur didakwa bunuh pemandu lori
Seorang suri rumah dan lima penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan membunuh seorang pemandu lori, bulan lepas.
P. Sivagami, 29, didakwa membunuh suaminya, S.M. Gunasegaran, 40, bersama lima lagi lelaki iaitu G. Thamilarasu, 20, Muhammad Nazir Kassim, 21, T. Pathmanathan, 32, K. Mathiarasan, 22, dan A. Thinagesvaran, 21.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mangsa di Subang Perdana Court 2, Jalan Taman Industri Subang 6/1, Subang Jaya, dekat sini sekitar 3.30 pagi hingga 4 pagi, 28 April lepas.
Tiada pengakuan direkodkan.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 13 Jun depan untuk sebutan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Bukhari Wan Mohamad.
Sivagami diwakili peguam Datuk Suraj Singh manakala lima tertuduh yang lain tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#pemandu lori
#Suri Rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan