KUANTAN: Seorang suri rumah kerugian RM12,432 selepas diperdaya seorang individu yang kononnya menawarkan harga emas lelong di laman sosial Facebook pada September lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia 37 tahun itu berminat untuk membeli barangan kemas diiklankan dan segera menghubungi suspek melalui talian tertera pada iklan itu.
Menurutnya, mangsa dikatakan berminat untuk membeli seutas rantai tangan dengan berat keseluruhan 26.34 gram pada harga RM652.
Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian telah membuat pembayaran pertama seperti yang diminta sebanyak RM652.
"Suspek masih lagi meminta mangsa membuat pembayaran bagi mendapatkan barangan kemas itu dengan pelbagai alasan.
"Mangsa telah melakukan sembilan lagi transaksi pembayaran yang berjumlah RM11,780 ke dalam lima akaun berbeza diberikan suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau menjelaskan, sehingga kini mangsa masih tidak menerima barang kemas yang dibeli dan gagal menghubungi suspek.
Katanya, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada Rabu.
"Modus operandi yang digunakan suspek dengan menawarkan penjualan emas yang tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa kerugian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 04 2021
Seorang suri rumah kerugian RM12,432 selepas diperdaya seorang individu yang kononnya menawarkan harga emas lelong di laman sosial Facebook pada September lalu. -Gambar hiasan/Pixabay
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Suri rumah rugi lebih RM12,000 diperdaya jualan barang kemas dalam talian
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.