KEPALA BATAS:Seorang wanita warga emas dari Kepala Batas Pulau Pinang kerugian RM136,000 wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam semalam.
Suri rumah berusia 70-an itu mula terjerat dalam sindiket itu selepas menerima panggilan daripada individu yang mendakwa dari Pejabat Pos Laju di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa diberitahu bahawa terdapat bungkusan atas namanya yang mengandungi sekeping kad pengenalan dan lapan keping kad pengeluaran wang automatik (ATM).
Panggilan berkenaan kemudian kononnya disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
“Mangsa telah diberitahu oleh individu yang mendakwa inspektor polis bahawa dia terlibat dalam kegiatan menjual akaun bank kepada seorang lelaki sebanyak RM10,000, dan telah menerima wang sebanyak RM23 juta.
“Mangsa dimaklumkan bahawa, dia suspek utama dan perlu memberikan kerjasama selain tidak boleh memberitahu sesiapa memandangkan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noorzainy berkata, mangsa yang terlalu takut akan dikenakan tindakan akur dengan arahan individu terbabit dan segera memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek melalui mesin ATM.
“Dia membuat tujuh transaksi memasukkan wang ke dalam empat akaun yang keseluruhannya berjumlah RM136,000.
“Mangsa turut diberitahu bahawa wang itu hanyalah untuk semakan pihak terbabit berhubung kes yang sedang disiasat tersebut,” katanya lagi.
Noorzainy berkata, mangsa bagaimanapun menyedari dirinya telah ditipu sebelum membuat laporan polis semalam.
Kes itu disiasat mengkut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Oct 14 2020

Mangsa membuat tujuh transaksi memasukkan wang ke dalam empat akaun yang keseluruhannya berjumlah RM136,000.

Berbasikal | Sapura Cyling masih pendekatan tunggu dan lihat
Pasukan Sapura Cyling masih tunggu dan lihat situasi terkini berkaitan pandemik sebelum buat keputusan menyertai kejohanan antarabangsa. Ini demi menjaga keselamatan atlet mereka.

Skuasy | S.Sivasangari teruja sambung latihan
Pemain skuasy wanita negara S.Sivasangari tidak boleh berselindung di sebalik keterujaan kembali ke pangkalan latihannya di Amerika Syarikat. Ini waktu sesuai untuk dia lapor diri di Universiti Cornell di New York memandangkan negara itu sebelum ini dilanda rusuhan dan polemik politik.

AWANI Ringkas: Biden mula langkah tangani COVID-19 | PM UK: Belum masa longgarkan sekatan

COVID-19 | Tahap keresahan, tekanan rakyat Malaysia paling tinggi
Menurut tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa, Ipsos, keresahan tersebut tercetus ekoran perubahan rutin selain tekanan keluarga.

COVID-19: Perancis dakwa pelitup muka fabrik kurang berkesan
Menteri Kesihatan Olivier Veran mendakwa, penggunaan pelitup muka jenis fabrik kurang berkesan menangani kesan penularan virus.

PKP | Polis Kota Setar sedia tambah SJR dan pasukan pemantau
Polis Kota Setar akan menambah sekatan jalan raya (SJR) dan bilangan pasukan pemantau. Tindakan ini akan dikuatkuasakan sekiranya kadar pematuhan orang ramai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berada pada tahap yang kurang memuaskan.

MPN | Pendidikan tinggi negara antara 100 terbaik dunia
Presiden Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose menegaskan bahawa golongan Profesor yang terdiri daripada pensyarah antara tulang belakang kejayaan peningkatan Institusi Pendikan Tinggi Negara. Ujarnya, kejayaan julung kali itu membuktikan bahawa para akademik dan cendiakiawan negara bergelar Profesor amat berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada negara.

ASEAN | Dana khas COVID-19 ASEAN perlu dipercepatkan - Hishamuddin
Malaysia bersetuju dengan Brunei dalam mendesak supaya menyegerakan penubuhan tabung khas ASEAN COVID-19. Menurut Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ia mampu membantu negara anggota memerangi pandemik COVID-19.

COVID-19 | Portugal tutup sekolah, kes meningkat kerana varian baharu
Portugal umum penutupan sekolah di seluruh negara. Ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 disyaki berpunca daripada varian baharu yang dikesan di negara itu.

COVID-19 | Biden umum strategi tangani pandemik
Presiden Joe Biden memperincikan strateginya bagi memerangi COVID-19 di negara itu. Ini termasuk mempercepatkan program vaksinasi dan kajian lanjut, pembukaan semula sekolah dan perniagaan serta meningkatkan penggunaan pelitup muka.

Termasuk perangkap sindiket penipuan, kerani akaun rugi RM112,000
Mangsa wanita berusia 40-an itu menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai bank.

Perintah reman 22 suspek sindiket Macau Scam dilanjutkan tiga hari lagi
Lanjutan tempoh reman selama tiga hari lagi itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis tumpas sindiket Macau Scam pindah operasi ke Malaysia susulan COVID-19
Polis menahan 19 lelaki dan tiga perempuan warga tempatan berusia antara 20 hingga 46 tahun.

Penipuan dalam talian di Tapah catat kerugian RM2.1 juta
Berdasarkan statistik, antara kes yang terlibat ialah penipuan dalam talian, pinjaman tidak wujud melalui Facebook, Macau Scam, belian barangan dalam talian, penipuan nombor TAC dan Parcel Scam.

Macau Scam: Siasatan terhadap 29 pegawai, anggota polis hampir selesai - KPN
Siasatan kes berkenaan sudah hampir diselesaikan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman

Pegawai polis berpangkat DCP antara disiasat disyaki bersekongkol dengan Addy Kana
Pegawai polis berpangkat DCP dan seorang Inspektor mempunyai wang simpanan berjumlah RM1 juta.

Gejala rasuah penjawat awam di Malaysia kini satu pandemik - Akhbar Satar
Datuk Seri Akhbar Satar berkata perlakuan mengambil rasuah yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dilihat menjadi satu budaya di negara ini.

Hampir 1,000 ditahan terlibat Macau Scam sehingga Oktober
Sebuah Jawatankuasa Teknikal Jenayah Siber yang terdiri daripada PDRM dan SKMM telah ditubuhkan pada Mac 2019 bagi tujuan sama.

Dewan Rakyat: PDRM tahan 993 terlibat Macau Scam - Timbalan Menteri
Jonathan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 912 adalah membabitkan warga tempatan manakala 81 lagi melibatkan warga asing.