PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyambut baik pengumuman Kerajaan untuk melantik pesuruhjaya kanak-kanak bagi menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) susulan peningkatan kes penderaan dan masalah sosial melibatkan golongan itu.
Jelas beliau, Suruhanjaya itu bersifat bebas dan akan dapat membantu kementeriannya dalam menangani isu melibatkan kebajikan kanak-kanak.
“Alhamdulillah. Tetapi itu bukan di bawah kementerian kita walaupun kementerian kita adalah kementerian yang bertanggungjawab dan juga memberi cadangan kepada suruhanjaya itu, ia bukan di bawah kita, tetapi ia akan menjadi Suruhanjaya yang bebas untuk memantau segala urusan berkaitan dengan kanak-kanak. Kami juga boleh menggunakan perkhidmatan tersebut,” katanya kepada media selepas Sesi Town Hall Perkhidmatan Kanak-kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat Tahun 2023 di kementerian itu di sini, pada Rabu.
Beliau juga percaya penubuhan Suruhanjaya itu tidak akan menyebabkan pertindihan kuasa atau bidang tugas dengan kementeriannya.
“Tidak (berlaku pertindihan). Kami akan menjalankan tugas seperti biasa, dan ini akan membantu bukan sahaja kita, tetapi juga membantu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan yang berurusan dengan kanak-kanak.
“Jadi tiada pertindihan, malah boleh membantu dari segi semak dan imbang juga untuk kami,” ujarnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada Rabu berkata, Kerajaan memutuskan melantik pesuruhjaya kanak-kanak bagi menganggotai Suhakam susulan peningkatan kes penderaan dan masalah sosial.
Anwar menyifatkan pelantikan pesuruhjaya kanak-kanak itu juga sebagai satu cabang khas berautonomi di bawah Suhakam.
Rahimah Abdullah
Wed Jan 18 2023

Jelas Nancy, Suruhanjaya itu bersifat bebas dan akan dapat membantu kementeriannya dalam menangani isu melibatkan kebajikan kanak-kanak. - Foto Astro AWANI

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

10 Berita Pilihan - (26 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nasib Orang Utan terkurung di sebalik sangkar
Ada dalam kalangan Orang Utan ini yang menjadi haiwan sarkas dan kurang upaya akibat aktiviti pemburuan haram.

Pertumbuhan global jangka pendek diramal lemah
Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ketidaktentuan sangat tinggi dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Tahun 2023 kekal menjadi tahun yang mencabar untuk semua.

Impak positif melebihi negatif
Sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dilakukan secara berperingkat namun tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

Majlis iftar rai Anwar di Kemboja
Lawatan rasmi sehari di Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diraikan dalam majlis iftar di negara itu. Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul kadir, majlis itu turut akan dihadiri kira-kira lima ribu tetamu.

Rantai kaki anak: JKM nilai laporan 3 beradik didera - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menilai laporan siasatan polis serta hospital berhubung kes tiga beradik lelaki yang dipercayai didera di Kangar, Perlis.

Pelan tindakan warga emas disemak semula - Nancy
Kementerian akan mendapatkan pandangan dan input daripada agensi peneraju dan pelaksana bagi penghasilan PTWEN 2023-2030.

Pemilihan penjaga kanak-kanak dipelihara akan diperketat - Nancy
Satu buku garis panduan baharu diperkenal untuk dijadikan rujukan bagi menilai pihak yang berkelayakan menjadi penjaga kepada kanak-kanak berkenaan.

Usahawan wanita: Malaysia jadi tuan rumah AWE Asia Timur dan Sidang Kemuncak Pasifik
Sidang kemuncak itu memfokuskan usaha meningkatkan kewangan, membina rangkaian serta mengembangkan perniagaan sama ada dalam talian atau fizikal.

KPWKM kenal pasti isu kualiti makanan di PPS
Pihaknya telah mendapatkan penjelasan daripada katering terbabit dan mereka mengakui sukar mendapatkan bekalan bahan basah sehingga menjejaskan kualiti makanan yang disediakan.

KPWKM: MyKasih Kapital bantu 14,770 wanita tingkatkan pendapatan
Program Wanita [email protected] MyKasih Kapital berjaya membantu 14,770 wanita meningkatkan pendapatan mereka, sejak Januari tahun ini.

KPWKM belanja RM615,000 sediakan bekalan makanan mangsa banjir - Nancy
KPWKM telah membelanjakan RM615,000 untuk bekalan makanan di beberapa negeri yang terjejas banjir.

Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak akan dilaksana secara berperingkat - Nancy
Penubuhan jabatan itu dianggarkan menelan belanja RM86 juta, dan sebahagian besar kos adalah untuk mengambil kakitangan baharu.

Belanjawan 2023 progresif ke arah pembangunan Malaysia Madani
Segala cadangan dan aspirasi dapat dilaksanakan secara total dan telus dengan kerjasama semua kementerian dan agensi serta pihak yang berkaitan.

Cadangan wujud jabatan khas lindungi kanak-kanak akan dikemukakan semula - Nancy
KPWKM akan mengemukakan semula cadangan penubuhan jabatan khas bagi melindungi kanak-kanak termasuk melibatkan jenayah dan penderaan terhadap mereka dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.