awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Pendidikan Malaysia pastikan dasar pendidikan dipatuhi - TPM Ahmad Zahid

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
01/03/2018
08:24 MYT
Suruhanjaya Pendidikan Malaysia pastikan dasar pendidikan dipatuhi - TPM Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: Anak-anak kita menjadi bahan uji kaji dan akhirnya bongkok mereka lebih awal sebelum usia kerana beban-beban yang dibawa. - Gambar ASTRO Awani / SHAHIR OMAR
Pewujudan Suruhanjaya Pendidikan Malaysia akan memastikan semua pihak mematuhi dasar pendidikan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sekali gus memberi jaminan kepada mana-mana menteri pendidikan untuk tidak mencipta legasi dalam bidang itu sendiri.
Jelasnya, caca marba dalam sektor pendidikan mengakibatkan identiti bidang itu sendiri akan hilang.
"Ya, pemimpin datang dan pergi tetapi soal dasar pendidikan jangan jadi bahan uji kaji.
"Anak-anak kita menjadi bahan uji kaji dan akhirnya bongkok mereka lebih awal sebelum usia kerana beban-beban yang dibawa, bukan sekadar beban pemikiran tetapi beban buku yang membongkokkan mereka.
"Buku-buku ini ada yang jarang dibaca kerana tahap pembacaan di Malaysia amat kurang," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Ijtimak Majlis Perundingan Islam (MPI) Kebangsaan 2018 di sini hari ini.
Pada majlis itu, sebanyak tujuh resolusi dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan kesemua resolusi tersebut akan dikemukakan ke peringkat Jemaah Menteri bagi tujuan kelulusan.
Resolusi tersebut melibatkan ekonomi, sosial, pendidikan, politik, perundangan, pemikiran Islam dan dakwah.
Dalam pada itu tegas Ahmad Zahid, kerajaan juga akan mengubah Perkara 3 (1) Perlembagaan dengan memasukkan agama Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan.
Perkara 3 (1) memperuntukkan bahawa, Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Ijtimak Majlis Perundingan Islam
#Jamil Khir
#Jamil Khir Baharom
#kerajaan
#Malaysia
#pendidikan
#politik
#TPM
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan