awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
Penemuan enam rangka: Dua beradik didakwa bunuh seorang mangsa
Dua pesawat bergesel di Lapangan Terbang Mumbai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura hadkan perkhidmatan konsular buat sementara waktu

Bernama
Bernama
28/02/2024
14:14 MYT
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura hadkan perkhidmatan konsular buat sementara waktu
Langkah ini bersifat sementara dan tidak menjejaskan perkhidmatan lain seperti permohonan pasport dan visa yang masih berjalan mengikut prosedur sedia ada. - Gambar fail
SINGAPURA: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura mengehadkan perkhidmatan konsularnya kepada 70 kes sehari bermula Selasa (27 Feb) berikutan kekangan berkaitan sistem dan kekurangan tenaga kerja.
Langkah ini bersifat sementara dan tidak menjejaskan perkhidmatan lain seperti permohonan pasport dan visa yang masih berjalan mengikut prosedur sedia ada.
"Kami sedang dalam proses menaik taraf operasi dan perkhidmatan serta mengurus sumber dengan berkesan selain akan memperkenalkan pendekatan yang sistematik dan teratur dalam masa terdekat," menurut Suruhanjaya Tinggi itu dalam maklum balas kepada Bernama pada Rabu.
Sistem yang dinaiktaraf itu akan membantu memastikan perkhidmatan yang pantas, cekap dan berkesan.
Suruhanjaya Tinggi memaklumkan meskipun terdapat batasan semasa, pihaknya terus komited menyediakan perkhidmatan konsular sebaik mungkin dan kemas kini lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang dan platform media sosialnya.
Dalam notis yang disiarkan menerusi laman sesawangnya pada Isnin (26 Feb), Suruhanjaya Tinggi berkata perkhidmatan konsular akan dihadkan kepada 70 kes sehari dan nombor giliran akan dikeluarkan di pondok pengawal mulai 8 pagi.
Perkhidmatan konsular yang terjejas termasuk pelepasan (kewarganegaraan), pendaftaran kelahiran, pendaftaran perkahwinan, pengesahan dokumen, pendaftaran kematian dan Sijil Kelakuan Baik serta lain-lain perkara berkaitan konsular.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Tinggi Malaysia
#Singapura
#perkhidmatan konsular
#tenaga kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan