awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek ancaman bom palsu di KLIA diserah kepada polis

Bernama
Bernama
03/12/2025
09:20 MYT
Suspek ancaman bom palsu di KLIA diserah kepada polis
Pasukan Keselamatan Penerbangan telah mengaktifkan protokol respons yang diperlukan, menutup kawasan terbabit dan melakukan penyelarasan dengan pihak berkuasa berkaitan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang individu yang mencetuskan ancaman bom palsu membabitkan pelepasan penerbangan tempatan di Terminal 1 Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) semalam telah ditahan dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan insiden itu pertama kali dilaporkan pada 5.32 petang sejurus sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.
Pasukan Keselamatan Penerbangan telah mengaktifkan protokol respons yang diperlukan, menutup kawasan terbabit dan melakukan penyelarasan dengan pihak berkuasa berkaitan.
"Pasukan Keselamatan Penerbangan bersama-sama PDRM dan unit pemusnah bom, telah menyelesaikan penilaian terperinci di lokasi kejadian.
"Pihak berkuasa telah mengisytiharkan operasi ditamatkan pada 8.58 malam sekali gus mengesahkan bahawa keadaan adalah selamat dan insiden itu merupakan amaran palsu," menurut kenyataan itu.
MAHB memaklumkan bahawa semua penumpang berada dalam keadaan selamat sepanjang proses itu dan pesawat terbabit kemudian berlepas pada 7.19 malam.
"Operasi di lapangan terbang kemudian berjalan tanpa sebarang gangguan," menurut kenyataan itu sambil mengingatkan semua pengembara bahawa membuat ancaman palsu merupakan kesalahan yang serius di bawah undang-undang Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA
#ancaman bom
#ancaman bom palsu
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan