awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek bakar rumah Koo Ham tiada kaitan politik

Sinar Harian
Sinar Harian
13/01/2024
05:11 MYT
Suspek bakar rumah Koo Ham tiada kaitan politik
Mohd Yusri berkata, siasatan awal dijalankan mendapati, individu berusia lingkungan 30-an itu tidak mewakili mana-mana parti di negeri ini. - Gambar fail/Sinar Harian
IPOH: Lelaki yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam kebakaran kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar, Rabu lalu bukan ahli politik.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal dijalankan mendapati, individu berusia lingkungan 30-an itu tidak mewakili mana-mana parti di negeri ini.
"Bukan, suspek bukanlah ahli mana-mana parti politik. Siasatan kita dapati, lelaki itu juga tinggal di luar dan tidak menetap di Manjung," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau berkata, siasatan kes itu masih dijalankan termasuk mengetahui motif sebenar kejadian sama ada berunsur dendam atau sebab lain.
"Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.
Lelaki berkenaan telah ditahan sekitar jam 4 pagi di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.
Perintah reman diperolehi selama lima hari sehingga Selasa depan bagi siasatan kes di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berlaku akibat perbuatan khianat susulan penemuan bahan letupan dipercayai 'molotov cocktail' yang menjadi punca kebakaran berlaku.
Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu, pemimpin DAP tersebut bersama ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kebakaran hanya melibatkan kemusnahan sebuah kereta Mercedes Benz E300 dan kesan kepanasan kepada dua kenderaan lain iaitu jenis Honda CRV dan Toyota Hilux.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ngeh Koo Ham
#kebakaran kediaman
#polis perak
#siasatan awal
#molotov cocktail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan