awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek disyaki peras ugut keluarga pastor dituduh hari ini

Bernama
Bernama
14/03/2017
22:48 MYT
Suspek disyaki peras ugut keluarga pastor dituduh hari ini
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang pastor yang dipercayai diculik di Jalan Bahagia, Petaling Jaya bulan lepas, akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. -Gambar fail
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang pastor yang dipercayai diculik di Jalan Bahagia, Petaling Jaya bulan lepas, akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata suspek yang berusia 30 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan pemerasan ke atas keluarga mangsa.
"Siasatan yang dijalankan mendapati suspek tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut dan hanya mengambil kesempatan untuk memeras keluarga mangsa.
"Siasatan kes penculikan ini masih diteruskan dan pihak polis menyeru agar orang ramai tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Polis menahan lelaki itu kira-kira 3.30 pagi pada 9 Mac lepas di Ampang, hasil maklumat dan kerjasama keluarga mangsa.
Media sebelum ini melaporkan pastor berusia 62 tahun itu dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng pada 13 Feb lalu.
Laporan turut menyebut pastor berkenaan kali terakhir dilihat memandu kereta jenis Honda Accord seorang diri sebelum kejadian itu. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadzil Ahmat
#Kanun Keseksaan
#kes penculikan
#memeras keluarga mangsa
#pastor
#Seksyen 385
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan