NATIONAL
Suspek kerat lapan tubuh manusia direman tujuh hari

Perintah tahanan reman terhadap suspek ditetapkan sehingga Jumaat depan dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Melaka, Syarina Shaarani @ Tan. - Gambar Astro AWANI
Lelaki warga Singapura yang dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan, susulan penemuan lapan bahagian anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di kawasan perindustrian Krubong berhampiran Kampung Ladang, Ayer Keroh, di sini petang Khamis lalu direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman sehingga Jumaat depan dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Melaka, Syarina Shaarani @ Tan.
Perintah reman itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek yang dalam keadaan lemah dan memakai pakaian lokap ungu dibawa ke pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka sekitar 10.10 pagi tadi sebelum dibawa keluar 45 minit kemudian.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim dalam kenyataannya pada Jumaat mengesahkan, polis menahan seorang lelaki warga Singapura dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan berkenaan.
Suspek yang dipercayai ada kaitan dengan mangsa itu ditahan dengan kerjasama pihak polis dari Singapura.
Bagaimanapun identiti mangsa masih belum dikenal pasti sehingga selepas proses bedah siasat ekoran beberapa bahagian tubuh badan masih belum ditemui.
BACA: Tragis! Anggota badan dipercayai milik ibu dan anak ditemui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami