awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes bunuh juruaudit Malindo Air direman seminggu

Bernama
Bernama
21/07/2015
13:01 MYT
Suspek kes bunuh juruaudit Malindo Air direman seminggu
Ariff Huzayr Mohamed Nor Arif kelihatan sugul sewaktu menunggu di perkarangan rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi menuntut jenazah ibunya. - fotoBERNAMA
Seorang suspek kes bunuh juruaudit Malindo Air, Suraiza Hamzah, yang ditemui mati di kediamannya pada Isnin malam, ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata lelaki itu yang dipercayai saudara terdekat Suraiza, 46, ditahan oleh anggota peronda balai polis Taman Tun Dr Ismail setengah jam selepas mangsa ditemui mati.
"Perintah tahanan reman telah diperoleh hari ini, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Menurutnya objek tumpul yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa juga ditemui hari ini dan dihantar ke Makmal Forensik untuk membantu siasatan.
Mayat Suraiza dijumpai di ruang tamu rumahnya di Taman Tun Dr Ismail di sini pada 7.30 malam oleh anak lelakinya berusia 17 tahun.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Suraiza Hamzah
#Taman Tun Dr Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan