awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes bunuh lelaki lari daripada pengawasan polis direman

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/01/2023
12:47 MYT
Suspek kes bunuh lelaki lari daripada pengawasan polis direman
Penganggur berusia 37 tahun itu ditemui mati di hadapan rumahnya di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh, kira-kira jam 11.28 malam Sabtu. - Gambar fail
IPOH: Seorang lelaki direman tujuh hari mulai Ahad bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penganggur yang lari daripada pengawasan polis, pada Sabtu.
Perintah reman dikeluarkan Majistret T. Kavitha selepas menerima permohonan daripada pihak polis.
Lelaki berusia 27 tahun itu yang ditahan pada Sabtu, direman sehingga 7 Januari depan dalam prosiding yang dijalankan di Balai Polis Central, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Sebelum ini, media melaporkan, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kematian lelaki yang lari daripada pengawasan polis di Parit Buntar itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Penganggur berusia 37 tahun itu ditemui mati di hadapan rumahnya di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh, kira-kira jam 11.28 malam Sabtu.
BACA: Kes kematian lelaki lari dari pengawasan polis diklasifikasikan kes bunuh
Pada awalnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa merupakan mangsa kemalangan.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), mengesahkan kematian lelaki berusia 37 tahun itu disebabkan ‘kecederaan pelbagai akibat objek tumpul’.
Sehubungan itu, kes telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#lelaki lari daripada pengawasan polis
#suspek ditahan
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan