awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kematian lelaki lari dari pengawasan polis diklasifikasikan kes bunuh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
31/12/2022
13:29 MYT
Kes kematian lelaki lari dari pengawasan polis diklasifikasikan kes bunuh
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil bedah siasat di HRPB hari ini, mengesahkan kematian lelaki berusia 37 tahun itu disebabkan 'kecederaan pelbagai akibat objek tumpul'. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Kes lelaki yang lari dari pengawasan polis di Parit Buntar ditemui mati di depan rumahnya di Taman Klebang Putra, Chemor, dekat sini, diklasifikasifikan sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini, mengesahkan kematian lelaki berusia 37 tahun itu disebabkan ‘kecederaan pelbagai akibat objek tumpul’.
Sehubungan dengan itu, katanya, kes telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, tindakan siasatan pantas pihak polis juga telah berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun di Chemor.
“Suspek ini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk permohonan reman esok, bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Menurutnya, pihak polis masih mengesan rakan-rakan suspek yang masih bebas.
“Dengan tertangkapnya suspek yang dipercayai bertanggungjawab ke atas kematian si mati, maka kes ini telah berjaya diselesaikan dalam masa 17 jam selepas laporan polis diterima,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#lari dari pengawasan polis
#Taman Klebang Putra
#polis perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan