KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Palestin hari ini mengesahkan telah menahan seorang suspek pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi M R Al Batsh Fatma.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara, Iyad Albizm, dalam satu kenyataan berkata, individu itu telah ditahan di Palestin, namun tidak mendedahkan lokasi serta tarikh penahanannya.
"Agensi Keselamatan Palestin sentiasa menjalankan siasatan susulan terhadap kes pembunuhan syahid Fadi Albatsh (Dr Fadi) di Malaysia pada 21 April 2018.
"Melalui siasatan berterusan yang dijalankan oleh pihak Keselamatan Dalam Negeri, pengakuan seorang individu yang ditahan menunjukkan penglibatannya dalam pembunuhan asy-syahid Albatsh (Dr Fadi) atas arahan agensi Mossad Israel.
"Siasatan kes itu masih diteruskan," katanya dalam kenyataan ringkas diterima Astro AWANI, hari ini.
Terdahulu, media Malaysia hari ini melaporkan, suspek pembunuhan Dr Fadi dipercayai sudah ditahan di Gaza.
BACA: Suspek kes bunuh pensyarah Palestin di KL dipercayai ditahan di Gaza
BACA: Siapa Dr Fadi AlBatsh?
BACA: Laungan 'Laillahaillallah, As-Syahid Habibullah' iringi jenazah Dr Fadi
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharunya di Facebook, pagi ini mengesahkan penahanan lelaki terbabit.
"Berita tersebar pagi tadi bahawa pengintip dan pembunuh Imam Fadi Al-Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 berjaya ditangkap di Gaza oleh pihak keselamatan
"Pembunuh tersebut masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit.
"Perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan ditangkap. Dia memaklumkan membunuh Imam Fadi bersama lelaki lain di Kuala Lumpur ketika itu. Itu saja berita yang ada setakat ini," katanya.
Susulan itu, Berita Harian melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu berhubung dakwaan suspek sudah ditahan.
Pembunuhan saintis muda Palestin, Dr Fadi di negara ini menjelang waktu Subuh pada 21 April 2018 itu menggemparkan Malaysia dan negara Islam seluruh dunia.
Ia mendapat liputan meluas media antarabangsa terutama di rantau Asia Barat, malah pembunuhan ini turut diberi liputan di portal-portal berita di Israel.
Astro Awani
Sun Jan 09 2022
Pembunuhan saintis muda Palestin, Dr Fadi di Gombak menjelang waktu Subuh pada 21 April 2018 itu menggemparkan Malaysia dan negara Islam seluruh dunia. - Gambar fail/ Reuters
Golongan muda 'penentu' PRK Mahkota, cabaran BN pastikan kemenangan lebih baik
Ku Hasnan berkata, golongan muda mendominasi jumlah pengundi DUN Mahkota, menjadikan parti yang bertanding perlu bijak menambat hati mereka.
Starmer digesa benarkan Ukraine guna peluru berpandu
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer berdepan desakan untuk membenarkan Ukraine menggunakan peluru berpandu jarak jauh ke wilayah Rusia, walaupun tanpa sokongan Amerika Syarikat (AS).
Jafar Hassan Perdana Menteri baharu Jordan
Pemerintah Jordan Raja Abdullah II pada Ahad telah menitahkan Jafar Hassan untuk membentuk kerajaan baharu, menggantikan Bisher Khasawneh, yang peletakan jawatannya diperkenankan baginda.
Kerajaan pimpinan Khasawneh yang meletak jawatan awal Ahad akan terus mengendalikan urusan seharian sehingga kerajaan baharu dibentuk dan mengambil alih tugasnya, menurut agensi berita rasmi kerajaan, Petra.
Kerajaan pimpinan Khasawneh yang meletak jawatan awal Ahad akan terus mengendalikan urusan seharian sehingga kerajaan baharu dibentuk dan mengambil alih tugasnya, menurut agensi berita rasmi kerajaan, Petra.
Ancaman krisis kemanusiaan di Gaza menjelang musim sejuk
Kira-kira dua juta pelarian di Gaza bakal berdepan krisis kemanusiaan menjelang musim sejuk tidak lama lagi selepas tempat tinggal mereka musnah akibat peperangan yang telah berlanjutan 11 bulan lalu.
Keluarga Diraja British ucap selamat hari ulang tahun keputeraan ke-40 kepada Putera Harry
Putera Harry menyambut hari ulang tahun keputeraannya pada Ahad bersama isteri, Meghan, dan cahaya mata mereka Putera Archie serta Puteri Lilibet.
Huffaz disaran bawa mesej Islam sebagai agama Rahmah - PM
Para Huffaz disaran menggunakan ilmu dan kemahiran hafalan dimiliki untuk membawa mesej Islam sebagai agama rahmah serta menyeru kepada kebenaran dan keadilan serta memupuk perpaduan.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di x pada Ahad, meskipun dalam keterbatasan yang ada, kerajaan Madani perlu berikhtiar mengangkat martabat Huffaz
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di x pada Ahad, meskipun dalam keterbatasan yang ada, kerajaan Madani perlu berikhtiar mengangkat martabat Huffaz
Sultan Selangor, Raja Permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446h kepada seluruh umat Islam khususnya di negeri ini.
Ucapan berkenaan dimuat naik menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office pada Ahad.
Ucapan berkenaan dimuat naik menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office pada Ahad.
Pemimpin masyarakat disaran mohon dana Sejati MADANI, jana ekonomi setempat - Fahmi
Untuk program SejaTi MADANI, kerajaan menerusi ICU Pusat menyediakan peruntukan sehingga RM100,000 dan permohonan masih dibuka hingga 30 Sept.
Raja Abdullah lantik Jafar Hassan sebagai Perdana Menteri baharu Jordan
Kerajaan pimpinan Khasawneh yang meletak jawatan awal Ahad akan terus mengendalikan urusan seharian sehingga kerajaan baharu dibentuk.
Kerajaan Jawa Timur bincang kerjasama dengan Universiti Al-Azhar
Sejak 2019, setiap tahun Kerajaan Wilayah Jawa Timur hantar 30 pelajar melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Al-Azhar.
Suspek kes bunuh pensyarah Palestin di KL sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad
Siasatan terhadap kes pembunuhan syahid Fadi Albatsh di Malaysia pada 21 April 2018 masih diteruskan.