awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa Dr Fadi AlBatsh?

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
21/04/2018
13:58 MYT
Siapa Dr Fadi AlBatsh?
Pembunuhan seorang saintis muda Palestin, Dr Fadi Albatsh di Gombak menjelang waktu subuh pada Sabtu nyata menggemparkan bukan sahaja di Malaysia malah negara-negara Islam seluruh dunia. -Reuters
Pembunuhan seorang saintis muda Palestin, Dr Fadi Albatsh di Gombak menjelang waktu subuh pada Sabtu nyata menggemparkan bukan sahaja di Malaysia malah negara-negara Islam seluruh dunia.
Ia mendapat liputan meluas media antarabangsa terutama di rantau Asia Barat, malah pembunuhan ini turut diberi liputan di portal-portal berita di Israel.
Imam Palestin dibunuh. Keluarga percaya mangsa dibunuh oleh ejen perisikan Mossad. Siapa Dr Fadi Albatsh ini? *Pensyarah di UniKL *Imam dan Saintis muda Palestin *Pakar kejuruteraan elektrik *Dah 4-5 tahun menetap di KL Laporan penuh, 8pm di Astro AWANI #HariIni8 @501Awani pic.twitter.com/M9OWR9gzYN
— Ashwad Ismail AWANI (@ashwadismail) April 21, 2018
Dr Fadi AlBatsh merupakan tokoh muda yang dihormati dalam kalangan diaspora Palestin di seluruh dunia tetapi tidak ramai orang Malaysia tahu mengenainya.
  • Seorang teknokrat berusia 35 tahun
  • Berasal dari Jabaliya, Gaza
  • Pensyarah di UniKL
  • Pakar kejuruteraan elektrik dalam penghasilan roket
  • Menetap di Malaysia sejak enam tahun lepas
  • Meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak
  • Sering terlibat dalam aktiviti NGO di Malaysia menanam kesedaran mengenai isu-isu Palestin dan konflik Asia Barat
  • Sering dijemput menjadi imam di masjid-masjid seluruh negara
Ada dua persoalan besar yang menjadi tumpuan.
  1. Benarkah pembunuhan ini didalangi oleh ejen perisikan Israel, Mossad?
  2. Sekiranya benar ia didalangi oleh Mossad, bagaimana Mossad memasuki Malaysia?
Poster Dr Fadi tergantung pada dinding kediaman keluarganya di Semenanjung Gaza. -Reuters
Poster Dr Fadi tergantung pada dinding kediaman keluarganya di Semenanjung Gaza. -Reuters
Apa kata PDRM?
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, siasatan menyeluruh masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan dan dalang yang terlibat melepaskan 10 das tembakan terhadap Dr Fadi.
PDRM juga menjalankan kerjasama dengan Interpol dan pihak berkuasa serantau bagi menyiasat perkara ini dengan menyeluruh.
BACA: Jangan buat andaian, kes masih dalam siasatan - KP KL
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan serangan terhadap Dr Fadi ada kaitan dengan pihak yang bermusuhan dengan Palestin
BACA: Bunuh imam: Dua suspek dipercayai ada kaitan organisasi perisikan - TPM Zahid
Kesedihan terpancar di wajah saudara mara Dr Fadi. -Reuters
Kesedihan terpancar di wajah saudara mara Dr Fadi. -Reuters
Siapakah yang mendakwa Mossad adalah dalang di sebalik pembunuhan?
  1. Keluarga mangsa di Palestin percaya, pembunuhan ini didalangi Mossad
  2. Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash juga yakin ia didalangi Mossad berdasarkan cara serangan terhadap mangsa mirip modus operandi Mossad terhadap tokoh-tokoh Palestin di serata dunia sebelum ini.
  3. Pergerakan Hamas di Gaza juga menyatakan ahlinya dibunuh di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Fadi AlBatsh
#Mossad
#PDRM
#pensyarah unikl
#saintis muda Palestin
#tembakan
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan