awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/07/2024
20:40 MYT
Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis
Suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya. - Foto fail/Astro AWANI
KULIM: Tempoh reman ke atas seorang lelaki berusia 33 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua beradik yang maut termakan keropok beracun akan tamat hari ini dan tidak akan disambung semula.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
"Pihak kami tidak akan sambung permohonan reman terhadapnya dan suspek akan diberikan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, dua beradik, Muhammad Akil Syauqi, 3 tahun, dan Muhammad Luth Syauqi, 2 tahun, meninggal dunia selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar Kulim pada 7 Julai lalu.
Muhammad Akil meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Pulau Pinang pada Rabu lalu sebelum adiknya disahkan meninggal dunia, dua hari kemudian.
Topic Berkaitan
#keropok beracun
#reman
#dua beradik
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan