IPOH: Siasatan awal pihak polis mendapati bom petrol yang dilempar ke sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang menaiki kereta awal pagi semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai tersebut mendapati, sebuah kereta berwarna gelap yang mempunyai pelekat warna merah 'Lalamove', telah berhenti di tepi jalan kira-kira pukul 5.35 pagi.
"Satu lelaki (suspek) telah turun daripada kereta tersebut dan membaling sesuatu dipercayai botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai, lalu terus beredar dari tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Terdahulu, Mohd Yusri dilaporkan berkata kejadian disedari oleh kakitangan kedai serbaneka terbabit dan polis menerima laporan daripada pengadu yang juga wanita warga tempatan, berhubung kejadian pada pukul 8.49 pagi.
Pengadu berusia 20 tahun ketika sedang bekerja memaklumkan, mendengar bunyi botol pecah di hadapan premis dan terus keluar memeriksa keadaan.
Terdapat serpihan kaca serta bahan letupan menyerupai mercun di atas lantai kedai dan pengadu juga terhidu bau seperti minyak tanah daripada serpihan kaca yang pecah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh hubungi pegawai penyiasat, Inspektor Norseha Baharudin di talian 0177964459.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Mohd Yusri berkata kejadian disedari oleh kakitangan kedai serbaneka terbabit dan polis menerima laporan daripada pengadu berhubung kejadian pada pukul 8.49 pagi. --fotoBERNAMA
Sudirman wajar diberi pengiktirafan lebih besar - Sahabat
Tarikh 25 Mei ini sangat penting dalam sejarah muzik negara untuk diabadikan, kerana pada hari itulah lahirnya Allahyarham Sudirman.
Suara Rakyat: Bayar ansuran rumah sejak 2008 rumah masih terbengkalai
Seramai 70 orang pembeli rumah di Taman Khazanah Indah dekat Lahad Datu terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan rumah sejak 2008 namun rumah mereka masih terbengkalai.
Pengerusi Persatuan Pembeli Taman Khazanah Indah, Sultan Abdullah berkata pihaknya meminta pihak kerajaan untuk campur tangan.
Pengerusi Persatuan Pembeli Taman Khazanah Indah, Sultan Abdullah berkata pihaknya meminta pihak kerajaan untuk campur tangan.
Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika
Activision Blizzard disaman kerana menerbitkan permainan video Call of Duty yang didakwa digunakan untuk mengiklankan senjata Daniel Defense.
HAWANA 2024: Penubuhan GKMM pamer pencapaian signifikan
Penubuhan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) membabitkan 14 kelab media seluruh Malaysia, amat signifikan dengan sambutan HAWANA yang bertujuan mengiktiraf peranan dan tanggungjawab profesion wartawan.
Carian Google AI Overview untuk topik tertentu dimatikan kerana terlalu banyak silap
Minggu ini, AI Overview mula menawarkan jawapan yang penuh kesilapan, antaranya, mengatakan Barack Obama beragama Islam.
AWANI-RareTV: Mengembara ke perut glasier terbesar di Eropah
Suasana yang luar biasa menakjubkan! Tapi untuk masuk ke alam air batu ini, persediaan harus cukup.
Peluang Malaysia akhiri kemarau 33 tahun
Skuad negara akan berentap dengan musuh tradisi itu pada final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jam 3 petang ini.
Zii Jia tak sabar nak jumpa Axelsen
Pemain di ranking nombor 10 dunia itu juga mengisytiharkan dirinya cergas untuk beraksi petang ini selepas mengalami kecederaan pada Jumaat.
Hasrat Pas tanding kerusi Bersatu akan dibawa ke mesyuarat PN
Ronald Kiandee berkata, mesyuarat kepimpinan tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat.
Plymouth Argyle pertaruh magis Rooney
Rooney menggantikan Ian Foster yang dipecat pada April selepas hanya tiga bulan memegang jawatan itu.
Isu stoking kalimah Allah: Beri kepercayaan pihak berkuasa jalankan siasatan - Mohd Na'im
Polis, Jakim serta KPDN akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca, pihak yang bertanggungjawab selain niat di sebalik perbuatan itu.
Samun kedai serbaneka: Lima lelaki ditahan
Kesemua suspek berusia 18 hingga 40 tahun itu ditahan pada Khamis lepas susulan laporan oleh seorang pengadu.