awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek pukul rakan direman tujuh hari

Sinar Harian
Sinar Harian
28/01/2023
22:30 MYT
Suspek pukul rakan  direman tujuh hari
Mangsa warga emas maut selepas dipukul dengan kerusi di Jalan Prima 2, Metro Prima, Kepong pada Jumaat. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suspek utama kes seorang warga emas maut selepas dipukul menggunakan sebuah kerusi di Jalan Prima 2, Metro Prima, Kepong di sini pada Jumaat direman tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.
"Kita dah panggil beberapa saksi tetapi ada sedikit keterangan bercanggah. Ada pula saksi yang menyatakan mangsa yang memukul suspek.
"Jadi kita akan lengkapkan siasatan dan akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
"Siasatan masih di bawah 302 Kanun Keseksaan, mungkin ada perubahan. Apa pun kita kena rujuk Timbalan Pendakwa Raya dahulu," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan, seorang warga emas berusia 76 tahun maut akibat dipukul rakannya menggunakan sebuah kerusi plastik selepas mangsa menuntut hutang berjumlah RM250 daripada suspek.
Pergaduhan itu berlaku sekitar jam 6.45 pagi dengan kedua-dua individu berkenaan saling berbalas pukulan sebelum dileraikan oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Selepas itu, mangsa berlalu pergi sebelum dilaporkan rebah tidak sedarkan diri kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.
Susulan itu, suspek seorang lelaki berusia 63 tahun ditahan semasa hadir membuat laporan berhubung pergaduhan terbabit di Balai Polis Kepong pada Jumaat.
Polis mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada penyakit jantung iskemik (ischaemic heart diseases) susulan simptom asterosklerosis (keadaan yang dicirikan oleh arteri sempit). -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Beh Eng Lai
#warga emas
#Jalan Prima 2 Metro Prima Kepong
#tuntut hutang RM250
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan