KOTA KINABALU:Polis berjaya memberkas suspek kes rogol kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun di Inanam pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji, suspek seorang lelaki berusia 25 tahun tersebut ditahan ketika melalui jalan Tuaran Bypass pada tengah hari Khamis.
"Sekitar pukul 1.30 tengah hari bertempat di tepi jalan Tuaran Bypass, berhampiran Wisma YLY, Inanam, Kota Kinabalu, sepasukan pegawai dan anggota D9, BSJ IPD Kota Kinabalu serta anggota Balai Polis Inanam telah menahan seorang lelaki dan merampas barang kes yang berkaitan dengan kes ini.
"Hasil soal siasat awal yang dijalankan, suspek mengaku merogol mangsa di kawasan pondok, di dalam hutan berdekatan dengan Plaza YLY Monkey Kitchen, Inanam di sini.
"Suspek juga mengaku ada memberikan wang sebanyak RM5 agar mangsa tidak memberitahu bapa mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, ujian saringan awal air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis methaphetamine dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Habibi berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh bapa mangsa pada 25 November 2020 dan memberitahu bahawa suspek telah merogol anak perempuannya.
"Lebih kurang pukul 9.30 pagi, pengadu diberitahu oleh anaknya (mangsa), seorang lelaki (suspek) tidak dikenali telah merogolnya.
"Mangsa dilaporkan telah keluar dari rumah berseorangan untuk ke rumah makciknya yang tidak jauh dari rumahnya.
"Semasa dalam perjalanan balik ke rumahnya, mangsa telah ditahan oleh suspek yang meminta mangsa untuk mengikutinya dengan memberikan gula-gula sebelum kedua-dua mereka pergi ke sebuah pondok yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari rumah mangsa," katanya.
Habibi turut berkata suspek telah mengugut mangsa dengan sebilah pisau sebelum melakukan perbuatan rogol tersebut.
"Mangsa yang takut hanya dapat menangis di kawasan pondok tersebut dan kemudiannya suspek telah bertindak mencium mulut mangsa dan telah membuka baju mangsa sebelum memasukkan alat kemaluannya ke dalam alat kemaluan mangsa.
"Selepas itu mangsa kemudiannya telah dibenarkan balik oleh suspek dan suspek telah memberikan mangsa wang sebanyak RM5 agar mangsa tidak memberitahu kejadian ini kepada bapa mangsa."jelasnya.
Siasatan awal ditempat kejadian mendapati kawasan tersebut merupakan kawasan hutan dan terdapat sebuah pondok yang disyaki digunakan tempat penagih dadah.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Fri Nov 27 2020
suspek seorang lelaki berusia 25 tahun tersebut ditahan ketika melalui jalan Tuaran Bypass pada tengah hari Khamis. - Foto PDRM
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
Penjaga tokong mengaku tidak bersalah rogol akauntan wanita
Seorang penjaga tokong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang akauntan wanita di Arau.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Bebas dari hukuman penjara atas kesalahan rogol, Dani Alves terima ancaman bunuh
Alves didapati bersalah pada Februari tahun ini dan dijatuhi hukuman penjara empat setengah tahun.
Polis Kelantan buka tujuh kertas siasatan berkait salah laku pegawai, anggota polis
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kertas siasatan itu, antaranya terdiri daripada kes khalwat, banduan lolos, kesilapan kerani bertugas dan rogol.
Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong kekal bersalah rogol amah
Mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan mengekalkan hukuman dua sebatan.
Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco
Rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.
Pelajar Tingkatan Tiga ditahan rogol murid 12 tahun
Seorang pelajar Tingkatan Tiga ditahan polis selepas dipercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Sarjan disyaki rogol pelajar dibebaskan dengan jaminan polis
Kertas siasatan kes terbabit sudah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Rabu lalu.
Didakwa rogol pelajar Tingkatan Empat, anggota polis ditahan
Pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan beberapa saksi bagi melengkapkan kertas siasatan.
Polis tahan dua warga Pakistan terlibat kes samun, rogol
Polis menahan dua lelaki warga Pakistan yang disyaki terlibat dengan jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen KTM Serdang.