Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mendakwa suspek-suspek yang didakwa telah mencabul seorang pelajar sekolah Tahfiz berusia 10 tahun kerana tidak cukup bukti untuk membuktikan kes prima facie terhadap mereka, kata Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Beliau berkata kepentingan awam dalam perkara itu memerlukan fakta-fakta sahih untuk dikemukakan.
"Siasatan polis dalam kes ini bermula dengan ibu kepada pelajar tersebut membuat laporan polis pada 14 Ogos 2016 mendakwa anaknya, ketika itu berusia 10 tahun, (dikatakan telah diliwat oleh tiga pelajar senior, berusia antara 12 tahun hingga 18 tahun (suspek), di sekolah mereka di Manjoi, Perak.
Polis melakukan siasatan dengan menemubual mangsa, suspek-suspek dan saksi seperti guru, kakitangan dan rakan sebilik mangsa dan rakan-rakan sekolah yang lain, " katanya dalam kenyataan media hari ini.
Thomas berkata, mangsa juga telah menjalani pemeriksaan perubatan di hospital awam dan kenyataan yang direkodkan oleh polis dan laporan perubatan itu menjadi sebahagian daripada kertas siasatan (IP) yang biasanya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan.
Beliau berkata Kertas Siasatan dipertimbangkan oleh Jabatan Peguam Negara dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang ditugas mengendalikan kes itu berpendapat bahawa tiada kesalahan dilakukan.
"Oleh kerana tiada bukti lain ketika itu diperoleh untuk polis menjalankan siasatan lanjut, Timbalan Pendakwa Raya mengeluarkan arahan "Tiada Tindakan Lanjut" (NFA) pada September 2016.
Perkara itu terhenti di situ. Kertas Siasatan dibuka semula pada Februari 2017 berikutan ketersediaan bukti baharu dan Kertas Siasatan dikembalikan semula kepada Jabatan Peguam Negara.
Timbalan pendakwa raya dalam kes itu mengkaji setiap bukti yang tersedia oleh polis termasuk bukti baharu. Oleh kerana tidak cukup bukti untuk membuktikan kes prima facie terhadap suspek-suspek atau orang lain, Timbalan Pendakwa Raya membuat kesimpulan buat kali kedua pada Februari 2018 bahawa siasatan tidak perlu diteruskan, " katanya.
Thomas sekali lagi berkata, perkara itu terhenti di situ sehingga penglibatan seorang Majistret.
Beliau berkata surat aduan bertarikh 3 Jun 2019 telah dihantar oleh ibu pelajar tersebut kepada Majistret yang mengadu bahawa tiada tindakan telah diambil terhadap pelaku walaupun dia telah membuat dua laporan polis pada 2016.
Thomas bagaimanapun berkata salinan surat itu tidak dihantar ke Jabatan Peguam Negara.
"Majistret memutuskan untuk mengambil maklum mengenai aduan ibu mangsa. Pada 5 Ogos 2019, Majistret menyerahkan kepada Pejabat Pendakwa Negeri Perak notis menyatakan bahawa kes ini telah ditetapkan untuk disebut pada 9 Oktober 2019 di hadapan Majistret untuk ibu mangsa diperiksa berhubung dengan surat aduannya.
"Pemeriksaan akan dijalankan oleh Majistret dalam menjalankan kuasa Majistret di bawah Seksyen 133 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).
Beliau seterusnya berkata Pejabat Pendakwa Perak memberi respon kepada Majistret melalui surat bertarikh 27 Ogos 2019 dengan memberikan maklumat mengenai status sebenar siasatan dan menjelaskan bahawa NFA telah diarahkan.
Pejabat Pendakwa Negeri Perak menjelaskan bahawa ibu mangsa tidak seharusnya memfailkan aduan di bawah Seksyen 133 CPC kerana polis telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa ibu pada 2016, perkara itu disiasat dan keputusan NFA telah dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, katanya.
"Minggu lepas, media melaporkan bahawa Majistret menolak permohonan ibu mangsa di bawah Seksyen 133 CPC.
Portal berita, Malay Mail melaporkan pada 14 Oktober 2019 bahawa Majistret membuat keputusan selepas mahkamah menerima surat dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Perak yang memperincikan arahan bertulis oleh saya di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Laporan itu tidak benar. Tidak ada arahan tertulis yang dikeluarkan oleh saya dan sebenarnya lanagsung tidak disebut dalam surat Pejabat Pendakwa Negeri Perak kepada Majistret, "katanya.
Thomas berkata laporan yang sama juga menyatakan bahawa Malay Mail sedang mendapatkan penjelasan daripada beliau tentang mengapa kes itu diarah untuk dibuang.
Sekali lagi, ini tidak benar. Pejabat perhubungan raya Jabatan Peguam Negara ataupun saya sendiri tidak menerima sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan dari Malay Mail. Laporan yang tidak tepat itu pada 14 Oktober dikutip oleh banyak portal lain, " katanya.
Thomas berkata dalam undang-undang, Majistret tidak seharusnya mengambil maklum di bawah Seksyen 133.
Beliau berkata aduan ibu mangsa bahawa tiada siasatan dijalankan berhubung laporan polis yang dibuatnya pada 2016 adalah tidak benar.
Majistret hanya boleh menjalankan kuasa untuk memeriksa pengadu di bawah Seksyen 133 CPC, jika tiada siasatan dilakukan oleh pihak polis, yang jelas tidak berlaku, " katanya.
Beliau berkata keputusan Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu adalah selaras dalam menjalankan kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
"Mengikut Perlembagaan terserah kepada Peguam Negara (sebagai Pendakwa Raya) untuk menjalankan kuasa mengikut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau tidak meneruskan apa-apa prosiding bagi apa-apa kesalahan ". Beliau mempunyai kawalan dan arahan berhubung dengan semua pendakwaan jenayah di bawah undang-undang.
Dalam kes ini, seperti ribuan kes lain, kuasa untuk tidak memulakan prosiding jenayah/NFA telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya bagi pihak Pendakwa Raya, " kata Thomas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 21 2019
Tommy Thomas berkata kepentingan awam dalam perkara itu memerlukan fakta-fakta sahih untuk dikemukakan. - Gambar fail/Astro AWANI
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
AGC diberi lanjutan dua minggu kemas kini penyelesaian kes saman pencen
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak mengemas kini penyelesaian.
Aman Palestin tidak boleh cabar pembekuan akaun bank melalui semakan kehakiman - AGC
AGC membantah permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman atas alasan pengeluaran notis yang dibantah itu tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman.
Malaysia komited untuk menyumbang secara aktif dalam LMAG - AGC
Malaysia komited untuk menyumbang secara aktif untuk kebaikan Komanwel, rantau Asia Pasifik dan dirinya menerusi penyertaan dalam Kumpulan Bertindak Menteri Undang-Undang Komanwel (LMAG).
Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022
Kenyataan AGC hari ini memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Kes buli MCKK: PDRM terima arahan khusus AGC untuk lengkapkan siasatan
Antara arahan khusus AGC ialah mendapatkan laporan penuh perubatan mangsa.
1MDB-Goldman Sachs: AGC fail respons kepada Pendaftar Mahkamah LCIA
Kerajaan perlu memfailkan 'Balasan' kepada Pendaftar Mahkamah LCIA dalam tempoh 28 hari dari tarikh permohonan untuk timbang tara difailkan.
DNAA: Tunggu keputusan representasi Peguam Negara - Ahmad Zahid
Zahid meminta semua pihak memberi ruang kepada Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan terhadap representasi dikemukakan pihaknya berhubung 47 pertuduhan melibatkan Yayasan Akalbudi.
Isu kebocoran 'Memo Dalaman' AGC tidak dijawab, Pemuda UMNO akan buat laporan polis - Dr Akmal
Pemuda UMNO akan mengerakkan ahli-ahlinya untuk membuat laporan polis agar satu siasatan dijalankan terhadap isu kebocoran 'Memo Dalaman' Jabatan Peguam Negara (AGC) baru-baru ini.
AGC bantah permohonan Bersatu supaya empat kerusi Parlimen di Sabah dikosongkan
Bersatu telah memfailkan tindakan undang-undang memohon supaya Johari mengisytiharkan kerusi yang disandang oleh empat ahli Parlimen itu kosong.
Najib hantar representasi mohon gugur tuduhan kes pengubahan wang haram dana SRC RM27 juta
Najib menghantar surat representasi kepada AGC untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan kes pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang dihadapinya.