awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AGC diberi lanjutan dua minggu kemas kini penyelesaian kes saman pencen

Bernama
Bernama
05/03/2024
09:47 MYT
AGC diberi lanjutan dua minggu kemas kini penyelesaian kes saman pencen
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak mengemas kini penyelesaian. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memberi tempoh lanjutan dua minggu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memaklumkan perkembangan terkini berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen yang difailkan 35 individu terdiri daripada bekas anggota badan kehakiman serta tujuh balu pesara hakim.
Saman itu difailkan selepas mereka mendakwa kerajaan gagal menetapkan kadar bersesuaian bagi kenaikan pencen dan faedah yang diterima plaintif (35 individu) sejak 2015.
Peguam Christopher Leong yang mewakili 35 plaintif apabila dihubungi Bernama berkata AGC telah memohon kepada mahkamah untuk lanjutan masa dua minggu lagi berhubung perkara itu dan ia dibenarkan oleh Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh semasa pengurusan kes, hari ini.
"Mahkamah kemudian menetapkan 19 Mac untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak mengemas kini penyelesaian," katanya.
Pada 31 Jan, mahkamah yang sama telah memberi tempoh sebulan untuk pihak-pihak menyelesaikan saman itu. Sebelum ini, mahkamah sama pada 6 Okt 2022 telah memberi tempoh dua bulan kepada kerajaan untuk meneliti kemungkinan cadangan penyelesaian dalam saman itu.
Saman itu yang difailkan pada 24 Jan 2022, menyaksikan plaintif menamakan Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan.
Mereka memohon deklarasi bahawa kegagalan untuk menetapkan peratusan kenaikan lebih tinggi daripada dua peratus setiap tahun yang sesuai ke atas pencen dan faedah lain bagi setiap plaintif mengikut Seksyen 15B(2) Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45) melalui perintah dalam Warta telah melanggar Perkara 125(7) dan 125(9) Perlembagaan Persekutuan.
Turut dimohon perintah bahawa defendan kedua atau ketiga (Perdana Menteri dan Jemaah Menteri) hendaklah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan peratusan kenaikan lebih tinggi daripada dua peratus setiap tahun yang sesuai ke atas pencen dan faedah lain yang diberikan kepada setiap plaintif berkuat kuasa dari 1 Julai 2015 mengikut Seksyen 15B(2) Akta 45.
Plaintif juga berkata mengikut Seksyen 15B Akta Saraan Hakim 1971, pencen hakim bersara dan orang tanggungan hakim yang telah meninggal dunia diselaraskan secara automatik berdasarkan gaji semasa hakim masih berkhidmat yang disemak secara berperingkat dari semasa ke semasa sebagaimana yang wajib dilakukan menurut Perkara 125(7) dan 125(9) Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AGC
#Jabatan Peguam Negara
#lanjutan dua minggu
#kes saman pencen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan