awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PN kekal bersama empat parti, tiada isu kerjasama - Takiyuddin
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
Projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru capai 55 peratus - Ahmad Maslan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek tetak abang ipar hingga putus kepala direman enam hari

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/11/2025
04:10 MYT
Suspek tetak abang ipar hingga putus kepala direman enam hari
Seorang lelaki direman enam hari kerana disyaki menetak abang iparnya hingga menyebabkan kepala mangsa putus dalam kejadian di Kampung Pida 3, Jerlun. -Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Polis memperoleh perintah reman selama enam hari terhadap seorang lelaki yang disyaki menetak abang iparnya hingga menyebabkan kepala mangsa putus dalam kejadian di kawasan sawah Kampung Pida 3, Jerlun pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki direman enam hari kerana disyaki menetak abang iparnya hingga menyebabkan kepala mangsa putus dalam kejadian di Kampung Pida 3, Jerlun.
  • Suspek berusia 38 tahun didapati negatif dadah, dan polis merampas parang 30 sm yang dipercayai digunakan dalam kejadian.
  • Polis menasihati orang awam agar tidak menyebarkan gambar atau video kejadian bagi menjaga sensitiviti keluarga dan tidak mengganggu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Alor Setar, Siti Nor Hasliza Md Ali bermula hari ini hingga 6 November bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, hasil ujian air kencing mendapati suspek berusia 38 tahun itu negatif dadah.
“Bedah siasat terhadap mangsa dijalankan pagi ini dan keputusan punca kematian mangsa akan diperoleh dalam tempoh terdekat.
“Saya menasihati orang awam supaya tidak memviralkan gambar dan video kejadian supaya tidak mengganggu siasatan polis selain menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, seorang lelaki maut dengan kepalanya putus akibat ditetak adik ipar dalam satu pergaduhan di kawasan sawah di Kampung Pida 3.
Dalam kejadian itu, kepala mangsa ditemui satu meter dari tubuhnya.
Polis turut merampas sebilah parang berukuran 30 sentimeter (sm) yang dipercayai digunakan ketika kejadian.
Polis mengambil masa 15 minit bagi memujuk suspek yang pada ketika itu masih memegang parang dan cuba menyerang polis sebelum suspek akhirnya menyerah diri pada jam 8 malam.
Topic Berkaitan
#reman enam hari
#tetak abang ipar
#kepala mangsa putus
#Kampung Pida 3 Jerlun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan