awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek tikam abang kekasih direman tujuh hari

Astro Awani
Astro Awani
20/10/2016
04:04 MYT
Suspek tikam abang kekasih direman tujuh hari
Seorang lelaki mati ditikam teman lelaki adiknya selepas rahsia statusnya yang sudah berkahwin terbongkar. - Foto Astro AWANI
Lelaki yang menikam abang kekasihnya hingga mati Ahad lalu direman tujuh hari hingga Rabu depan.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi terhadap suspek berusia 29 tahun dari Kampung Baloh, Manir, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, suspek tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu kira-kira jam 9 pagi.
Suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota bahagian siasatan jenayah IPD Kuala Terengganu kira-kira jam 12.30 tengah hari Rabu di tepi jalan di Kampung Petai Bubus, Manir.
Ketika ditahan, suspek yang berada dalam keadaan letih dan lesu dipercayai keluar mencari makanan.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi Ahad lalu di kawasan parkir Kompleks Darul Iman, seorang lelaki mati ditikam teman lelaki adiknya selepas rahsia statusnya yang sudah berkahwin terbongkar.
Topic Berkaitan
#abang kekasih
#bunuh
#JPJ
#majlis agama islam dan adat istiadat terengganu
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan