awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek utama kes bunuh Bella akan didakwa esok - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
23/01/2024
12:04 MYT
Suspek utama kes bunuh Bella akan didakwa esok - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pertuduhan yang akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh itu dijangka berlangsung jam 9 pagi. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Suspek utama kes kehilangan ibu tunggal Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pada Rabu.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pertuduhan yang akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh itu dijangka berlangsung jam 9 pagi.
Perkara itu dimaklumkan beliau dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai perkembangan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap rangka manusia yang ditemui di dalam sebuah rumah di Jalan Imam Jailani, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Jumaat lalu, ia masih menjadi tanda tanya.
Pada 21 Januari lalu, teman lelaki Bella merupakan antara tiga suspek yang direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan penahanan reman terhadap kesemua tertuduh yang berusia 24 hingga 39 tahun itu.
Pada 14 Disember tahun lalu, ibu tunggal dua anak itu hilang dan gagal dihubungi selepas keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam, dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap untuk mencuci pakaian di kedai dobi.
Bagaimanapun, selepas tarikh itu dan sehingga kini, kelibat wanita terbabit terus hilang dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi, selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.
Pada Jumaat lalu, Polis Johor berjaya menemui rangka manusia tidak sempurna di dalam sebuah rumah yang terbiar di Tongkang Pechah, Batu Pahat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kehilangan Bella.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh Bella
#suspek utama didakwa
#ujian DNA
#ketua polis johor
#Kamarul Zaman Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan