awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek wanita kes seleweng diesel bebas dengan jaminan SPRM

Bernama
Bernama
27/08/2024
07:00 MYT
Suspek wanita kes seleweng diesel bebas dengan jaminan SPRM
Seorang daripada dua beradik yang ditahan reman atas dakwaan terbabit sindiket penyeludupan diesel bersubsidi dan rasuah pegawai penguat kuasa dibebaskan hari ini. -Gambar fail/Bernama
SIBU: Seorang daripada dua beradik yang ditahan reman atas dakwaan terbabit sindiket penyeludupan diesel bersubsidi dan rasuah pegawai penguat kuasa dibebaskan hari ini.
Majistret Oon Kork Chern memerintahkan wanita berusia 39 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sementara itu, abang wanita berkenaan yang berusia 42 tahun masih ditahan reman empat hari sejak Isnin.
Menurut sumber SPRM, pasangan adik-beradik itu ditahan bersama dua lelaki dan seorang wanita lain di depoh simpanan diesel di Sungai Bidut semasa operasi 'Op Liter' yang dijalankan SPRM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup (KPDN).
Tiga suspek juga dibebaskan dengan jaminan SPRM sebelum ini.
Kesemua mereka dipercayai sebahagian sindiket menyeleweng minyak diesel bersubsidi untuk nelayan yang dijual dengan harga lebih tinggi kepada pembeli di luar negara.
SPRM-DIESEL 2 (AKHIR) SIBU
Sindiket yang dipercayai beroperasi sejak 2012 itu mengaut keuntungan hingga RM400 juta dan disyaki membayar rasuah kepada pegawai penguat kuasa bagi mengelak dikenakan tindakan kerana menyimpan diesel tanpa permit sah.
Dalam operasi Ahad lepas, SPRM merampas wang tunai kira-kira RM3.7 juta, dua tongkang, dan 30 tangki simpanan minyak dipercayai mengandungi kira-kira 1.6 juta liter diesel.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(B) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009, Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penyeludupan diesel bersubsidi
#SPRM
#rasuah pegawai penguat kuasa
#bebas dengan jaminan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan