awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Susu tiruan: KPDNKK tidak perlu tunggu laporan kajian, boleh rampas jika tiruan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/12/2017
06:26 MYT
Susu tiruan: KPDNKK tidak perlu tunggu laporan kajian, boleh rampas jika tiruan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam menegaskan laporan kajian pihaknya akan tentukan apakah bahan kimia yang ada termasuk sama ada ia menjejaskan kesihatan bayi. - Foto AstroAWANI / SHAHIR OMAR
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan laporan kajian terperinci berhubung isu susu tiruan dalam tempoh dua minggu bermula Selasa lalu.
Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, kajian itu dilakukan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Tegasnya, KPDNKK perlu mengambil tindakan merampas susu tiruan di pasaran tanpa perlu menunggu laporan kajian tersebut.
BACA: Tiada laporan kesihatan bayi terjejas akibat susu tiruan - Exco
BACA: Susu tiruan: Tiada laporan selain Johor, KPDNKK masih tunggu laporan kimia
"Kajian mungkin ambil masa dua minggu untuk diselesaikan dan selepas kajian selesai kita (KKM) akan sediakan laporan dan memberitahu adakah ia merbahaya atau mempunyai risiko atau lain-lain gejala.
"Kita berharap KPDNKK dan agensi-agensi lain akan buat siasatan lanjutan untuk pastikan macam mana susu tiruan ini masuk ke dalam pasaran. Kita kena kenal pasti dan ambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab terjadinya perkara ini.
“Rampasan itu boleh dibuat oleh KPDNKK daripada sekarang dan di mana-mana tempat disyaki ada susu tiruan kerana itu tanggungjawab mereka. Untuk beri apa-apa penjelasan perlu berasaskan daripada bukti, kita perlukan siasatan," katanya.
TONTON: Tunggu laporan kimia, Hamzah gesa mangsa buat laporan
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Hospital International Medical University (IUM) di sini, hari ini.
Justeru, beliau menasihati ibu bapa yang mempunyai anak menunjukkan gejala penyakit selepas meminum susu tersebut untuk mendapatkan rawatan serta membuat laporan di klinik atau hospital berdekatan.
Topic Berkaitan
#bayi
#cirit-birit
#Hamzah Zainuddin
#Kementerian Kesihatan
#KPDNKK
#Kulit Melepoh
#muntah
#S Subramaniam
#susu tiruan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan