PEMINAT drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa pasti tidak sabar menantikan pengakhiran drama tersebut.
Berikutan sambutan hangat daripada penonton, drama arahan sutradara Michael Ang yang sepatutnya berakhir di episod 28 pada 23 November lalu kini disambung empat lagi episod.
Ini menjadikan keseluruhan drama ini adalah sebanyak 32 episod kesemuanya.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal, tambahan episod untuk drama bersiri lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose ini merupakan satu tanda terima kasih kepada penonton yang memberi sambutan positif terhadap drama tersebut.
"Kami gembira dan berbesar hati dengan sambutan positif yang diterima untuk drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ di slot Megadrama.
"Sejak mula ditayangkan, drama ini ternyata berjaya membawa penonton untuk bergelumang dengan mainan emosi menerusi plot penceritaan dan lakonan mantap barisan pelakon yang meninggalkan kesan kepada penonton," kata Emarina.
"Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, kami hadiahkan empat episod tambahan kepada para peminat yang pastinya tertanya-tanya apakah pengakhiran kisah cinta tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.
Selain Kamal Adli dan Uqasha Senrose, drama ini turut dijayakan Zac Zaky, Yusof Bahrain, Shaza Bae dan Azza Elite.
Saksikan episod akhir Perempuan Tanpa Dosa pada 30 November ini jam 10 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Anda juga boleh strim drama ini menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Asyraf Roslan
Sat Nov 28 2020

Drama "Perempuan Tanpa Dosa" arahan sutradara Michael Ang yang sepatutnya berakhir di episod 28 pada 23 November lalu kini disambung empat lagi episod. -Astro AWANI

AWANI Ringkas: OPEC optimis pemulihan pasaran 2021 | Iraq tunda pilihan raya ke Oktober
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 95 juta
Jumlah kumulatif kes positif global kini melebihi 95 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19 | Panel WHO bentang hasil kajian
Panel khas dilantik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, kritik China dan beberapa negara lain. Ini berikutan kegagalan negara terlibat untuk bertindak berhubung penularan awal COVID-19.

COVID-19 | Biden batalkan dekri longgar sekatan perjalanan
Sementara itu Joe Biden dijangka membatalkan dekri terakhir diluluskan Presiden Donald Trump. Ini melibatkan pembatalan sekatan perjalanan bagi pengembara dari Eropah dan Brazil.

Politik Amerika | Trump ucap selamat kepada pentadbiran baharu
Presiden Donald Trump dalam pada itu mengucapkan selamat kepada pentadbiran baharu White House yang akan diterajui Joe Biden bermula hari ini. Dalam video ucapan akhir itu, Trump, Presiden Amerika Syarikat ke-45, berharap Amerika terus kekal makmur di bawah pentadbiran baharu.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.05 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.05 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 401 ribu kes.

Kajian Asal Virus | Tiada jawapan dalam masa terdekat
Dalam perkembangan berkaitan, tiada jawapan atau dapatan kajian boleh dijangkakan dalam masa terdekat terhadap penyiasatan pasukan penyelidik antarabangsa yang menjalankan kajian di China. Pasukan yang diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiba di Wuhan minggu lalu itu, bagi menyiasat dakwaan permulaan wabak itu tercetus.

Politik AS | Senator Republikan kecam Trump secara terbuka
Sementara itu Senator Republikan Mitch Mcconnell secara terang-terangan menyalahkan Presiden Donald Trump atas rusuhan di Capitol. Mcconell mendakwa penyokong Trump dimomokkan dengan pembohongan dan diprovokasi supaya melakukan rusuhan dengan niat membatalkan keputusan Pemilihan Presiden yang berpihak kepada Joe Biden.

Unjuran Minyak | OPEC optimis, namun berhati-hati tentang pemulihan
OPEC menyatakan ia optimis namun berhati hati berkenaan pemulihan pasaran minyak mentah pada 2021. Menurut OPEC, pemulihan yang bergantung kepada program vaksinasi global kini sangat rapuh. Pada semakan akhir harga minyak mentah brent meningkat sedikit kepada sekitar 55.80 dollar setong.

Menjelang Angkat Sumpah | Biden zahir ucapan emosi untuk Delaware
Joe Biden mengucapkan selamat tinggal kepada Dewan Perwakilan Senat Delaware bagi memulakan langkah sebagai Presiden Amerika Syarikat di Washington DC. Dalam satu ucapan perpisahan, Biden tak dapat menahan sebak dalam meluahkan rasa bangganya menjadi anak jati Delaware.

Susulan sambutan hangat, 'Perempuan Tanpa Dosa' disambung 4 lagi episod
Tambahan episod untuk drama bersiri lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose ini merupakan satu tanda terima kasih kepada penonton yang memberi sambutan positif terhadap karya ini.