SHAH ALAM: Seorang lagi pengguna media sosial tampil meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa kenderaan utiliti sukan (SUV) yang baru dibeli oleh bapanya mengeluarkan bunyi pelik hanya beberapa minit selepas dibawa keluar dari sebuah pusat pameran kereta di Melaka Disember tahun lalu.
Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Shah mendakwa, bunyi pelik itu seakan-akan seperti bunyi motosikal bergerak.
"Ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan.
“Pihak itu hanya menukar tombol kunci pintu namun kereta masih mengeluarkan bunyi yang sama,” dakwanya.
Menurutnya, kereta itu kemudiannya dibawa sekali lagi ke pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan dan dipandu uji kali kedua.
“Pengurus pusat kenderaan berkenaan mengesahkan ada bunyi tidak normal pada kenderaan tersebut.
“Dia maklumkan bahawa kereta tersebut akan dihantar ke pusat servis utama.
“Ini kerana dakwanya, cawangan berkenaan tidak dapat membuat apa-apa tanpa pemeriksaan yang lebih teliti daripada pusat servis utama,” katanya.
Dakwanya, selepas itu SUV berkenaan dihantar ke pusat servis utama namun tiada langsung khabar berita mengenai statusnya.
“Ayah menghubungi semula pengurus tersebut dan dia maklumkan sentiasa cuba mendapatkan maklum balas dan perkembangan dari ibu pejabat namun setakat ini masih tidak diketahui apa puncanya.
“Agak pelik kerana kereta itu belum cecah sebulan lagi usianya namun tempoh jaminan daripada syarikat itu seperti sudah tamat berpuluh tahun.
“Kemudiannya ayah berhubung dengan Ketua Perkhidmatan Pelanggan syarikat itu yang memaklumkan kes itu akan dirujuk semula dan diselesaikan oleh pihak cawangan,” luahnya,
Ahmad Shah berkata, selepas disiasat, rupanya mengikut laporan dibuat, tiada langsung dinyatakan mengenai bunyi pelik tersebut sebaliknya pihak itu hanya nyatakan ada isu tayar sahaja.
“Bunyi tersebut hilang apabila kereta berhenti namun akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat apabila kereta sedang bergerak,” katanya.
Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan, seorang pengguna media sosial, Facebook, Noriya Mamat mendakwa kenderaan yang dibeli pada Ogos tahun lalu rosak selepas hanya dua minggu digunakan.
Menerusi hantaran berkenaan, Noriya berkata, kenderaan tersebut mengalami masalah selepas menghantarnya ke pusat servis di Gong Badak, Terengganu pada 2 September lalu untuk servis 1,000 kilometer (km).
Menurutnya, keadaan lebih memilukan apabila pusat servis syarikat itu memberikan alasan bahawa mereka tidak dapat mengesan punca masalah berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 15 2024
Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Shah mendakwa, bunyi pelik itu seakan-akan seperti bunyi motosikal bergerak. - Gambar hiasan
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SUV rosak selepas beberapa minit dibawa keluar dari pusat pameran
Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Shah mendakwa, bunyi pelik itu seakan-akan seperti bunyi motosikal bergerak.