Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyerahkan sumbangan bekalan air bersih menerusi lima tangki statik sebagai kemudahan di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam.
Sumbangan itu disampaikan Pengarah Eksekutif Syabas V. Subramaniam di perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy kepada wakil yang juga anggota jawatankuasa unit amal kuil itu, M. Puvibalaraj.
Subramaniam berkata air bersih itu akan dibekal mulai Sabtu petang sehingga tamat sambutan Thaipusam iaitu pada malam 28 Jan (Isnin).
"Sumbangan ini bagi memastikan semua penganut dan pengunjung yang hadir mendapat bekalan air bersih untuk minum, masakan dan kegunaan beribadah," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata setiap tangki statik dapat menampung 600 liter air dan pihaknya akan menghantar lori untuk mengisinya apabila bekalan habis digunakan.
Sementara itu, Puvibalaraj berkata pihaknya amat berterima kasih kepada Syabas kerana dapat memyumbangkan bekalan air bersih di sekitar Batu Caves bagi melancarkan sambutan perayaan itu.
Beliau berkata Syabas mula menyumbangkan bekalan air bersih percuma kepada kuil itu sejak sambutan Thaipusam pada tahun 2008.
"Diharapkan pada tahun-tahun akan datang mereka dapat terus membekalkan bekalan air bersih kepada kami pada perayaan Thaipusam untuk memastikan kesihatan pengunjung di sini dijaga," katanya.
Suasana di sekitar Batu Caves mula dibanjiri ribuan penganut agama Hindu serta pelancong asing hari ini meskipun masih tinggal dua hari untuk sambutan Thaipusam bermula.
Kebanyakan mereka datang awal untuk menunaikan nazar sebagai mengelakkan kesesakan pada hari sambutan Thaipusam.
Tinjauan Bernama mendapati gerai-gerai di sekitar pintu masuk kuil Batu Caves yang menjual pelbagai alat-alat beribadah, buku dan kedai kain, mula beroperasi dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Keadaan trafik di sekitar jalan menuju ke Batu Caves juga mula mengalami kesesakan dan anggota polis serta Rela telah mula bertugas mengawal keselamatan di kawasan itu.
Bernama
Fri Jan 25 2013
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.